Breaking News

Tuesday, October 1, 2013

7 Nasihat Kubur

 
 Perjalanan Hidup Manusia

Salam Motivasi Buat Semua Pembaca Blog Santai,


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 7 Nasihat Kubur. Sebagaimana yang kita semua maklum setiap manusia itu akan melalui empat prasa dalam kehidupan mereka. Pertama, hidup dalam alam kandungan, Kedua, hidup di alam dunia seperti yang kita lalui sekarang, Ketiga, hidup di alam kubur [setelah mati] dan yang keempat, hidup di alam akhirat [setelah dibangkit dari alam kubur].  

Alam kubur adalah suatu alam yang penuh misteri. Di sini kita dipertanggungjawabkan di atas segala amal perbuatan yang kita lakukan selama kita hidup di dunia. Alam yang menjadi tempat persinggahan di antara kehidupan dunia yang fana dan kehidupan akhirat yang abadi. Semoga nasihat ini mampu menyiapkan kita sebelum berada di sana.

7 Nasihat Kubur

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH".


Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

10 comments:

  1. rasa insaf baca entri ni.. banyaknya dosa-dosa aiza.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kita perbaiki diri aiza...

      Delete
  2. hm...banyaknya kelemahan dan kekhilafan kathy...

    ReplyDelete
  3. Satu peringatan yg patut semua ketahui.. agar ttp ada dlm ingatan kita.. Mudah2an kita semua sentiasa dibawah perlindungan Allah swt.. amin.

    ReplyDelete
  4. ingatan untuk diri sendiri juga ni !

    ReplyDelete
  5. tkut pula rsa nk mati :( terasa mcm xckup je amal..terima kasih kongsi..sungguh bermanfaat..smoga kita semua terhindarlah dri siksaan kbur..Amin..sama2 muhasabah diri

    ReplyDelete
  6. Ingat-mengingati. Perkongsian yang amat bagus. Terima kasih admin.

    ReplyDelete
  7. bahaya sekali kalau orang sudah tertutup hatinya

    ReplyDelete

Designed By