Skip to main content

Awas: Arak Dalam Masakan!!!!

Arak dalam Masakan 

Arak Dalam Masakan


Arak Dalam Masakan. Isu ni bukan isu yang isu yang baru dan ianya telah banyak kali diperkatakan sebelum ini. Ada yang jelas dan ada yang masih kabur. 

Kejadian terbaru berlaku di salah sebuah hotel terkenal di Jerantut Pahang. Pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIP mengesahkan penggunaan arak dalam masakan di Hotel tersebut. Arak yang digunakan adalah diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.
  
 Dua jenis arak yang dipercayai digunakan chef sebuah hotel di Jerantut

Masakan Dari Sumber Tidak Halal


Ketika pemeriksaan  semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal. Pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana mereka menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam. Mereka juga tidak berminat untuk memohon sijil halal kerana menggunakan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang pastinya tidak menepati syarat dan prosedur pensijilan halal.

Bila terbaca kes seperti ini, kita teringat sebuah artikel yang pernah dikeluarkan oleh Blog Khirkarya.blogspot tentang penggunaan arak dan lemak babi dalam makanan. Entry tersebut adalah merupakan temubual beliau dengan rakan, seorang chef di hotel terkenal yang berpengalaman lebih dari 15 tahun. Its an interesting artikel. You all should baca, sebagai panduan untuk kita semua.

So kesimpulannya, berhati-hati semua jika ingin menikmati hidangan di hotel-hotel atau restoran-restoran diluar sana. Pilihlah tempat yang kita yakin. Sekurang-kurangnya ada Tanda halal di pamerkan. Elakkan pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan keraguan. Ingat, setiap apa yang kita makan bakal menjadi darah yang mengalir dalam tubuh kita. Jika baik sumbernya, maka baiklah kesudahannya, jika buruk sumbernya, maka buruk juga kesudahannya.

Comments

  1. untuk lebih selamat masak sendiri ja hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup itu yang terbaik cik ta..tapi tulah ada masa kita tak ada pilihan so kena makan kat luar or sometimes nak tukar environment...so just hati-hati..

      Delete
  2. lorr...byk lg kena cek kat dapur hotel ni

    ReplyDelete
  3. pihak pengusaha tidak peka akan isu ini demi keuntungan diri..kita umat Islam yang menjadi mangsa.

    Entri terkini saya : Template Wordpress FotoBESAR Buatan Malaysia

    ReplyDelete
  4. info terbaik ni...selalu kena waspada dan alert...

    ReplyDelete
  5. Hotel memang selalu guna arak dlm masakan...kite sebagai pelanggan kdg2 tak tau ade ke tak mereka guna dlm masakan yg kite makan..pihak berwajib kena pantau dgn lebih keraplah kalu gitu

    ReplyDelete
  6. selalu masakan ini depa masuk dlm makanan lauk sb tgok tv 8 ke tv org putih lagu tu mmg mereka biasa tu minuman mrka. whualam.

    ReplyDelete
  7. kalau boleh kita elakkanlah dari pergi ke tempat2 macam ni..kalau rasa was-was jauhkan terus

    ReplyDelete
  8. mmg kena hati2 lebih lepas ni

    ReplyDelete
  9. Takutkan Raudzah.....better gi tempat yg ada logo halal.....at least tak de lagi keraguan kat situ...

    ReplyDelete
  10. dah lama dengar ttg ni.. masih berterusan lg rupenye.. kene lebih berhati2

    ReplyDelete
  11. Ini yg merisaukan bila mkn kt tmpt2 tertentu di luar.. x sedar benda2 haram masuk ke badan..

    ReplyDelete
  12. aiza rasa elok masak sendiri makanan, pasti kita tahu bahan yang digunakan.. makan di tempat mahal dan ekslusif seperti di hotel pun tak dijamin halal..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat