Breaking News

Wednesday, October 16, 2013

Bayi 2 Minggu, Di Pukul Hingga Mati

http://2.bp.blogspot.com/-5JXYwa1TJcE/UcmJL-DfwMI/AAAAAAAAAKo/s0AnqrlqgpI/s1600/c.jpg 
Bayi Mati Akibat Cemburu

Bayi 2 Minggu, Di Pukul Hingga Mati


Akibat cemburu, seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di Daerah Beluran. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.

Siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting.

Masih tidak puas hati, lelaki tersebut bagai dirasuk apabila memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip. Bayi berkenaan mati di tempat kejadian, manakala isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duches of Kent Sandakan.

12 comments:

  1. aida mmg sedih kalau bab2 kematian baby nie raudzah...kenapalh jadi macam tu

    ReplyDelete
  2. kejam betul bapanya.. menakutkan betul manusia zaman sekarang.. :(

    ReplyDelete
  3. Astaqfirullahal'azim.. kenapa la sanggup bertindak mcm tu sekali?

    ReplyDelete
  4. apabila emosi tidak diurus dengan baik..insan yang tak berdosa menjadi mangsa.

    Saya ajak baca entri terkini bertajuk-Segmen Inspirasi Jutawan

    ReplyDelete
  5. kat sabah ni kan...kejamnya sanggup bunuh bayi seusia tu? hmm

    ReplyDelete
  6. Ada baca pasal news ni....baby yg tak berdosa pun jadi mangsakan...
    Dia ingat anak tu bukan anak dia tu, tu yg dibunuh budak kecik tu

    ReplyDelete
  7. Mengapakah kita hendak menginsankan jiwa yang kejam pada kalbu yang dianugerahkan oleh-Nya dengan kesucian. Pulanglah ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  8. Tak tau nak samakan dengan apa manusia sebegini... Binatang pun sayangkan anaknya

    ReplyDelete

Designed By