Betul Ke Senjata Api Yang Hilang Jatuh Ke Dalam Laut?

Sewa Pistol Polis

Sejata Api Jatuh Ke Dalam Laut?


Senjata Api (Pistol) yang hilang mungkin terjatuh ke dalam laut. Itulah reaksi Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai kehilangan 44 laras senjata api seperti yang didedahkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. Kenyataan beliau juga turut disokong oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bersetuju senjata api itu (pistol) mungkin terjatuh dalam laut. Beliau juga percaya tiada penyelewengan berlaku.

Tiada Siasatan Mengenai Kehilangan Senjata Api?


Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita pasti ramai yang kurang bersetuju dengan respon di atas. Kita semua tau bahawa kehilangan senjata api adalah satu perkara yang serius. Sekiranya ia berlaku pastinya tahap keyakinan kita semua sebagai orang awam terhadap tahap keselamatan negara sedikit sebanyak akan terhakis. Dan sepatutnya jawapan yang diberikan harus lebih tepat dan meyakinkan. Tidak ada andaian dan tidak ada kemungkinan.

Bila kita fikirkan semula jawapan diatas, kita tertanya-tanya, apakah tidak ada tindakan susulan atau penyiasatan dalaman yang dilakukan oleh pihak Polis untuk mendapatkan jawapan kepada kehilangan tersebut setelah laporan dibuat? Ini adalah amalan yang biasa dilakukan dimana-mana organisasi apabila sesuatu kehilangan harta berlaku. Infact kalau kita sendiri kehilangan barang, kita pasti akan melakukan sesuatu untuk mencari barangan tersebut. Apatah lagi jika ianya adalah barangan yang berharga/merbahaya.

Yang pasti jika siasatan telah dilakukan, jawapan yang diberikan mungkin lebih baik daripada jawapan ini:
"Kehilangan ini tidak semestinya jatuh kepada penjenayah, mungkin jatuh waktu atas bot dalam laut, atau jatuh dalam air dan tidak ada orang yang dapat,” - KPN
Memandangkan kes jenayah melibatkan senjata api sangat berleluasa, ada baiknya Pihak Polis lebih serius menangani isu ini, kerana rakyat Malaysia memerlukan lebih jaminan keselamatan.

Comments

  1. dh agak dah... ramai ja polis yang perangai mcm ni . tak bertanggungjawab.. depa lagi takut kat penjenayah bukan penjenayah takut kat depa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah garang Lieya..tapi dia orang yang bagi ruang kita nilai diaorang bila buat benda-benda macam ni..

      Delete
  2. takkan la banyak sangat yang jatuh ke dalam laut? macam tak logik pula.. jika jatuh ke dalam laut pun sepatutnya buat la laporan dalaman mereka, kemaskini berapa banyak yang jatuh tu dan sahkan..kenyataan tu perlu disertakan dengan black and white, bukan sekadar hanya bercakap saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's why Aiza...jawapan kena tepat and meyakinkan kita semua..

      Delete
  3. kalau fikirkan mmg tak logik pun..ada lah tu..

    ReplyDelete
  4. heheh..
    jatuh dalam laut..
    dalam laut tu ada bank,
    boleh tukar jadi cash :p

    ReplyDelete
  5. .... no komen dah !

    ReplyDelete
  6. Terjatuh tu.. aduii.. "ter" lah sangat... :D

    ReplyDelete
  7. Mudahnya memberi alasan...berfikir dulu sebelum berkata2, kami bukan spt dulu lagi yg boleh terima semua alasan tak logik dan diperbodohkan seperti ini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jangan marah-marah ya BM..dia orang memanga suka bagi bagi jawapan-jawapan yang boleh menimbulkan spekulasi...hmmmm

      Delete
  8. polis kena g jumpa bomoh tu...tengok2...hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat