Breaking News

Sunday, October 6, 2013

Cedera Parah Di Rotan Ustaz


 
Keadaan paha mangsa yang terpaksa menerima 30 jahitan selepas dirotan

 

Cedera Parah Di Rotan Ustaz


Seorang pelajar berusia 14 tahun cedera parah di rotan ustaz warga Bangladesh, di sebuah madrasah di Jengka, Pahang. Akibat perbuatan tersebut, tisu paha pelajar tersebut koyak dan terpaksa menerima 30 jahitan.

Menurut bapa mangsa, anaknya  mengalami demam teruk yang serius selepas kejadian berlaku. Dia hanya terbaring dan tidak boleh berjalan. Kakinya mengalami bengkak serta lebam. Apabila bahagian paha ditekan, ia seolah-olah lembik di bahagian dalam. Setelah dibawa ke hospital dan pembedahan dilakukan doktor memaklumkan bahagian dalaman paha anaknya itu mengalami pendarahan teruk serta bernanah. Doktor juga memberitahu kaki anaknya dipercayai dipukul dengan benda keras.

Di Rotan Kerana Gagal Menjawab Soalan


Apabila ditanya, anaknya itu memberitahu dia dirotan sebanyak 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh yang berkhidmat di madrasah terbabit, setelah beliau gagal menjawab solan yang ditanya.

Hmmm..teruk jugak kecederaannya. Kalau betul seperti yang dikata, rasanya tindakan seperti ini amat tidak perlu. Ganas + kejam ustaz ni..Mesti ada cara lain yang lebih berkesan untuk menangani masalah murid yang lemah kan.


19 comments:

  1. nauzubillah..sampai macam tu sekali ke..tu mengajar ke mendera...

    ReplyDelete
  2. mungkin dkt Bngladesh pndekatan mcm tu kot..

    ReplyDelete
  3. Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

    ReplyDelete
  4. sangat ganas dan kejam, kalau nak mengajar sekalipun tak perlu sampai begitu sekali...

    ReplyDelete
  5. bukan begitu caranya mendidik anak murid..kesian budak tu

    ReplyDelete
  6. zalimnya ustaz tu, tak sepatutnya dirotan macam tu.. tu dah dikira mendera.. boleh sebabkan jangkitan kuman kalau tak dirawat luka tu..

    ReplyDelete
  7. Masyaallah...sampai macam tu sekali! Wajarkah?

    ReplyDelete
  8. isk 15 kali lagi tu....kat mana lah ustaz tu letak kepala otak dia kan..huhu..
    kejam..

    ReplyDelete
  9. Kekerasan sungguh ni.. mengalahkan rotan penjara. Mengajar kena lah ada cara.. nakal sekali pun budak2, nk mengajar kenalah ada kreativiti juga.. ini dikira penganiayaan juga ni.. astagfirullah..

    ReplyDelete
  10. Apa lah yg nak dimarah sgt budak tu. Kejam betul. Byk lg cara lain nak betulkan budak2 tu. Geram lak rasa.

    ReplyDelete
  11. Subhanallah keciannya..nk mgajar ke nk bg hukuman ni?? hm dah la madrasah plak 2..kn dah diajar supaya bersbar =( sedih tgok..smoga Allah sembuhkan kaki adik ni

    ReplyDelete
  12. ya allah sampai macam tu cara hukumannyer... terlampau sangat !

    ReplyDelete
  13. Sepatutnya semua orang tau kenape pengganas adala orang muslim.disebablan cara pengajarannya sangat ganas..mgkn bnyk yg x dilaporkn.

    ReplyDelete
  14. allahh teruknyeee kesan rotan tuhh..ilang wras ke encik ustaz die tuh...

    ReplyDelete
  15. Hish seramnya betul ke tu Raudzah..... Legal ke tak ustaz tu....ke tak waras!

    ReplyDelete

Designed By