Breaking News

Friday, October 18, 2013

Google Map Menemukan Kami Setelah 25 tahun

Saroo Brieley

Saroo Terpisah Ketika Berusia 5 tahun


Google Map telah menemukan kami setelah 25 tahun. Itulah luahan rasa Saroo Brierley yang telah hilang pada usia 5. Terpisah dari keluarga disebuah stesen keretapi, beliau tidak mempunyai petunjuk bagaimana untuk kembali ke pangkuan keluarganya. Setelah berminggu-minggu merayau di jalanan beliau telah ditemui sepasang suami isteri dari Australia yang akhirnya mengambil beliau sebagai anak angkat mereka.

Biarpun mempunyai kehidupan yang sempurna, beliau cuba untuk mencari semula keluarganya diIndia. Berbekalkan sedikit memori dizaman kanak-kanak, usaha beliau kelihatan seperti mencari jarum dalam sisa rumput yang kering. Harapannnya begitu tipis.

Google Map Menemukan Kami Setelah 25 tahun 


Namun Google Maps telah merubah segalanya. Bermula dari Stesen keretapi tempat beliau terpisah, Saroo "Melawat" hampir setiap jalan di India. Akhirnya beliau menemui jalan keluar apabila berhasil menemui tempat beliau membesar. Berbekalkan Google Map, beliau telah kembali ke kampung asalnya dimana beliau akhirnya bertemu dengan Ibunya.
 
Kisah pertemuan yang meruntun perasaan ini boleh disaksikan dalam 3 minit video yang di keluarkan oleh the search engine. Amazing story of reunited people.


16 comments:

  1. Menyentuh hatilah kisah2 spt ini.. lama tu 25 tahun.. Subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup quite touching kan Khir...amazing storykan..

      Delete
  2. alhamdulillah akhir nya bertemu semula dgn keluarga yang lama terpisah ^_^

    ReplyDelete
  3. 25 tahun terpisah? terharunya bila dapat bertemu kembali..

    ReplyDelete
  4. dia berusaha mencari , maka Allah perkenankan sesuai dgn usahanya ... subhanallah !

    ReplyDelete
  5. Menitik air mata saya tengok video begini.. Bagusnya keluarga angkat dia, besarkan sampai 25 tahun tapi still simpan semua benda yg ada supaya dia boleh kembali ke keluarga asal.

    ReplyDelete
  6. sedihnya hidup dia... hampir 25 tahun terpisah :(

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. akhirnye bertemu juga :)

    ReplyDelete

Designed By