Hukuman Rejam Hingga Mati Di Brunei

Sultan Hassanal Bolkiah

Kod Syariah Kanun Keseksaan

 
Brunei bakal menjadi negara pertama di Rantau Asia Timor, yang bakal mengenakan hukuman rejam hingga mati bagi penzina. Sultan Hassanal Bolkiah, telah mengesahkan penguatkuasaan Kod Syariah Kanun Keseksaan yang baru ini, semalam.

Hukuman Rejam Hingga Mati


Undang-undang ini hanya terpakai kepada orang Islam. Antara  hukuman yang termaktub dibawah Kod Syariah Kanun Keseksaan yang baru ini adalah di rejam dengan batu hingga mati untuk penzina, potong tangan untuk kes kecurian, dan sebatan bagi mereka yang melanggar arahan yang berkaitan dengan penggunaan alkohol.

Dalam ucapannya, beliau megesahkan undang-undang baru ini akan mula berkuat kuasa selepas enam bulan. Hampir 70 peratus daripada rakyat Brunei adalah orang Melayu beragama Islam manakala kira-kira 15 peratus lagi diwakili oleh mereka yang berbangsa Cina. 

Pengumuman beliau telah mengundang kritikan daripada pelbagai pihak. Ada yang berpendapat bahawa undang-undang baru ini hanya Simbolik. Walau apa pun, tahniah untuk Brunei kerana telah bersedia meletakkan hukum Islam ditempat yang sepatutnya. Semoga Sultan Hassanal Bolkiah, benar-benar berjaya menguatkuasakan undang-undang ini untuk dijadikan contoh kepada negara-negara lain terutamanya Malaysia.

Comments

  1. Huhu tanda pertama islam sedang gemilang di akhir zaman, selepas ni tunggu fase seterusnya pula.

    Oh kena banyakkan lagi amalan

    ReplyDelete
  2. Tahniah...undang2 Allah mesti dilaksanakan.

    ReplyDelete
  3. jadikan contoh terbaik..insya allah.

    ReplyDelete
  4. mmg terbaik... kita doalah mga suatu hari malaysia juga ikut jejak lgkah ni..

    ReplyDelete
  5. Syabas kpd Brunei.. semoga dpt menjadi contoh & ikutan utk kita semua..

    ReplyDelete
  6. Hukum hudud ini dah memang tertulis di dalam Alquran. Alhamdulillah Brunei telah memulakannya, semoga selepas ini negara2 lain akan menggunakan hukum ini

    ReplyDelete
  7. itulah yang sebaiknyer...

    ReplyDelete
  8. subhanallah =) tahniah2..spttnya Malaysia mncontohi Brunei..sebuah negara yg betol2 amalkn syariat islam dan tkotkn Allah..

    ReplyDelete
  9. Undang2 dari Alquran la yg terbaik..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Tahniah untuk Sultan Hassanal Bolkiah berjaya melaksanakan hukuman ini.

    ReplyDelete
  11. dasatla tajuk entri ni...nak memperkecilkan hukum islam ke atau hendak direjam sampai hancur lumat...dasat btul la

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat