Ibu Malang Mangsa Dera Dikurung Anak Tanpa Makanan

  
 Ibu Malang Mangsa Dera


Ibu Malang Dikurung Tanpa Makanan


Seorang ibu malang mendakwa dikurung anaknya selama empat hari di sebuah rumah sewa di Lembah Beriah, Bukit Merah tanpa sebarang makanan. Ketika ditemui, ibu malang itu memberitahu bahawa beliau sudah tak sanggup untuk tinggal bersama anaknya dan mahu lari dari rumah tersebut.

Penderitaan ibu malang itu terbongkar apabila salah seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Mohammad, 41, bersama beberapa jiran lain pergi ke rumah wanita itu sewaktu ketiadaan anak mangsa kerana pelik apabila kelibat mangsa tidak kelihatan lebih daripada seminggu. 

Mereka amat terkejut apabila dimaklumkan mangsa dikurung anak lelakinya dalam keadaan pintu rumah berkunci selama empat hari tanpa sebarang makanan. Beliau  terpaksa meminum air sejuk bagi menahan lapar. Mangsa turut mengakui sering dipukul  menantunya, malah pernah beberapa kali ditendang cucunya yang masih kecil atas kesalahan tidak diketahui.

 Keadaan tempat tidur mangsa yang menyedihkan

Ibu Malang Mangsa Dera


Menurut Mohammad, mangsa yang berusia 55 tahun dipercayai tinggal bersama anak keduanya sejak setahun lalu. Menurutnya, sebelum ini sudah tersebar khabar angin mengenai penderitaan mangsa yang didakwa kerap menjadi mangsa dera, namun kebanyakan jiran tidak mengambil serius mengenainya.

Tak boleh bayangkan masih ada orang yang sanggup melayan Ibu yang telah melahirkan kita ke dunia ini seperti ini. Jika segala yang dilaporkan adalah benar, moga mereka cepat-cepat kembali kepangkal jalan. Ingatlah Syurga kita adalah di bawah telapak kaki seorang ibu.

Comments

  1. Anak derhaka, walau seteruk manapun ibu kita, ingatlah jasa dia melahirkan kita~ syurga dibawah telapak kaki ibu khen

    ReplyDelete
  2. sedihnya sy baca =( mcm mnlah kalau ada pembaca yg dh xde ibu..pasti terasa sgt2 kn..kecian makcik ni..dunia2..mkin nk kiamat dah...dah xthu beza dosa pahala..nauzubillah..hrap mereka bertaubat dan minta maaflah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Fais..semoga mereka cepat sedar dan mohon maaf pada ibu..

      Delete
  3. kenapa la agaknya sampai ke tahap tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau apa yang berlaku sebenarnya kan mimie..

      Delete
  4. Ya Allah ada juga manusia berhati binatang mcam ni yer.. sedih sgt !

    ReplyDelete
  5. allahuakbar. manusia yg tak berperikemanusiaan. mana letaknya hati dan perasaan.

    ReplyDelete
  6. si tanggang zaman moden.. zalim betul anak menantu beliau.. :(

    ReplyDelete
  7. ish jahat nyee..manusia jenis ape la ni..xkenang jasa lansung

    ReplyDelete
  8. Moga kita bukan tergolong daripada anak anak yg begitukan raudzah...Na'uzubillah

    ReplyDelete
  9. Astagfirullah.. ingatkan di negara china, rupa2nya kt sini.. manalah perginya iman anak tu.. zalim.

    ReplyDelete
  10. sedihnya baca...semoga jauhkan anak2 kita dari bersikap sebegini...

    ReplyDelete
  11. Hmmm..apakah kejadian sebenarnya??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat