Breaking News

Thursday, October 17, 2013

Nandini, Kanak-Kanak Mangsa Dera Lari Dari Rumah

 
Nandini, Kanak-Kanak Mangsa Dera

Kanak-Kanak Mangsa Dera Lari Dari Rumah


Setelah didera untuk kesekian lama, seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun, nekad melarikan diri dari rumahnya di Setapak pada pukul 4 pagi pada hari Rabu lalu. Beliau bernasib baik apabila ada seorang hamba Allah yang baik hati, Yusri Abdul Halim, 42, menjumpai beliau yang sedang menangis kelaparan dan merayau-rayau tanpa arah di sekitar Jalan Air Jerneh.

Di Dera Dengan tukul, sepana dan pliers.

Gadis tersebut yang dikenali sebagai Nandini, kemudiannya dibawa ke Balai Polis dan Hospital untuk pemeriksaan. Doktor yang membuat pemeriksaan mengesahkan terdapat banyak parut-parut lama dan luka-luka yang masih baru di badan Nandini akibat didera. Berdasarkan siasatan, Nandini memberitahu bahawa beliau tinggal dengan bapa-saudaranya dan tidak mengetahui siapa ibu-bapanya. Beliau juga telah didera oleh penjaganya menggunakan tukul, sepana dan pliers hampir setiap hari. Disebabkan tak tahan lagi menanggung derita, beliau akhirnya membuat keputusan melarikan diri, tanpa disedari oleh mereka.

Berita Terkini: Bapa kepada Nandini disyaki sebagai suspek utama yang mendera beliau. Beliau kini dalam buruan polis.

p/s: kesiannya lah budak ni..nasib baik selamat

17 comments:

  1. nasib baik adik Nandini ni pandai nak larikan diri. harap mereka yang mendera adik ni akan dijatuhkan hukuman setimpal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik budak ni bijak..kesian kan..

      Delete
  2. kasihannya budak tu.. mesti trauma menjadi mangsa dera..

    ReplyDelete
  3. sampai bengkak2 budak tu..kesiannya tengok

    ReplyDelete
  4. 4 tahun tu.. kesiannya. Mmg patut dikenakan tindakan & hukuman kpd yg buat...

    ReplyDelete
  5. saya membayangkan anak buah seumur dia kena dera ... x sampai hati tau . klu dia nak apa yg kita mkn pun kita mengalah bagi jer ...

    ReplyDelete
  6. Ya Allah dia orang ni tak serik mendera kanak-kanak. Apa nak jadi dengan dunia.

    ReplyDelete
  7. Kesiannya kt nandini. Nasib berjaya lari. Kira berani gak Nandini ni...

    ReplyDelete
  8. ya allah jahatnye manusia yg pukul bdak2 ni..nk mendidik sekali pn bkn guna kekerasan melampau sampai timbulkan jenayah smpi gunakan tukul..mehh tb ketuk tukul ke dia..ape dia rasa?sedap agaknyee..gggrrr

    ReplyDelete
  9. dia lari satu perkara yang berani

    ReplyDelete
  10. pukul tak beragak bahaya woo dosalah pukul anak2 kecil depa tak ada akal macam kita malulah

    ReplyDelete
  11. Alahai siannya ...dah tak tahan sangat kena dera tu .....
    Pandai pulak dia larikan...

    ReplyDelete
  12. Apabila manusia menyalin sifat kebinatangan pasti sesuatu yang luar biasa bakal terjadi.

    ReplyDelete
  13. Apa agaknya dalam fikiran bapa saudaranya semasa mendera? Tangisan Nandini seperti muzik mengasyikkan kot..

    ReplyDelete

Designed By