KL Bandar Paling Merbahaya Untuk Pelancong?

 

Pengalaman Ngeri Di Tikam & Di Rompak Di KL


KL Bandar Paling Merbahaya Untuk Pelancong


Pengalaman ngeri yang dilalui oleh seorang pelancong dari UK, Dave Ramsay yang ditikam dan dirompak berhampiran Hard Rock Cafe, pada 5 Oct telah mendorong beliau untuk menobatkan KL sebagai bandar paling merbahaya untuk pelancong.

"Pengalaman mengerikan
"Tikam Dulu, Rompak Kemudian" tersebut telah dikongsi di laman web VirtualTourist ( www.virtualtourist.com ) dan juga di Facebook. Dalam kejadian tersebut, beg beliau telah ditarik dari belakang. Apabila berpaling, beliau telah ditikam dengan pisau di dada. Beliau bernasib baik kerana luka tersebut tidak menembusi jantungnya. Rakan wanita beliau juga turut diacukan pisau ke leher sebelum dirompak.  

Pelancong Sukar Untuk Mendapatkan Bantuan Di KL


Beliau juga kecewa apabila gagal mendapatkan rawatan segera kerana banyak teksi enggan berhenti setelah melihat beliau dalam keadaan berdarah. Disamping itu beliau turut melepaskan kekecewaan terhadap pegawai polis pelancong yang tidak membantu. Menurut beliau pegawai polis tersebut lebih berminat untuk membuat laporan bagi tujuan insuran daripada mengenalpasti penjenayah dan modus operandinya. Dia melabelkan pegawai-pegawai yang bertugas tersebut lebih buruk daripada penjenayah.

Malaysia Negara Paling Bahaya


Setelah mengembara selama hampir 30 tahun sebagai pengembara termasuk ke Afrika, Yemen dan Asia Tenggara, Dave berkata beliau pastinya tidak akan mengesyorkan sesiapa sahaja untuk pergi ke Malaysia. Beliau benar-benar merasakan KL adalah tempat yang paling berbahaya disebabkan
bilangan kejadian dan kekerapan ianya berlaku. Pandangan beliau turut disokong oleh ramai yang lain.

Comments

  1. hurmmm dekat negara diaorang pun apa kurangnya, lagi ganas kot... tapi yelah tak boleh nak cakap juga, bila seseorang dah ada pengalaman yang buruk dan mengerikan dah semestinya berkata macam tu.. kalau kita pun agaknya...tapi tak adalah sampai nak menjatuhkan sesebuah negara tu kan?

    ReplyDelete
  2. x juga.. acik dah pergi beberapa negara.. macam mane pun boleh katakan malaysia ini lebih aman..kat negara luar..ishh menakutkan

    ReplyDelete
  3. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. kat negara mereka pun sama juga, malah mungkin lebih teruk.. cuma tak dilaporkan kepada pihak berwajib dan media saja..

    ReplyDelete
  4. tak pelik lah sbb bila ada org kena pukul , org kat keliling perhati jer . x de pun nak tlg ... tulah wajah malaysia ...

    ReplyDelete
  5. wah...sampai begitu sekali..jenayah ada di mana2..

    ReplyDelete
  6. Mmg kesian bila org ditikam & dirompak.. sungguh kesian & sakit hati kt penyamun tu. Tp x kanlan sampai nk nobatkan KL paling merbahaya.. agak2lah. Mesti emosi peribadi terlebih sgt ni.. mmhhh..

    ReplyDelete
  7. ermm... kesian pelancong tu. mesti dh serik nk dtg malaysia

    ReplyDelete
  8. malaysia da macam barat da skg..jenayah bersepah2

    ReplyDelete
  9. Wah...habislah sektor pelancongan Malaysia kalau macam ni.....Pihak yg berkenaan kena ambik tahu ni......tak boleh diam diri, satu dunia dah tau!

    ReplyDelete
  10. Takkan pelancong UK tu takde langsung pengalaman manis di KL/Malaysia ni.. rasa cam melampau plak.. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

    ReplyDelete
  11. kalau tak aman bepergianpun was2

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat