Kurang Tidur Punca Nyanyuk?

 Nyanyuk

Kurang Tidur Punca Nyanyuk?


Kurang tidur dikatakan antara punca utama nyanyuk. Inilah antara penemuan yang agak menakutkan yang mengaitkan amalan tidur seseorang dengan tahap ingatan. Biarpun nyanyuk atau alzheimer, seringkali dikaitkan dengan mereka yang berumur 65 tahun ke atas, tetapi sebenarnya ia juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang dari usia warga emas itu. 

  
Tanda-Tanda Nyanyuk (Klik gambar untuk besarkan)

Tanda-Tanda Nyanyuk/Alzheimer


Mereka yang mengidap Alzheimer, akan mengalami suatu symptom dimana seseorang itu tidak mampu untuk mengingati sesuatu perkara yang baru berlaku. Kes yang biasa berlaku adalah mereka-mereka ini tidak dapat mengingati di mana sesuatu barang itu diletakkan. Sekiranya ia sangat kerap berlaku dalam sesuatu masa (sehari), itu adalah tanda-tanda awal pengidap alzheimer.

Penyakit ini juga dapat dikesan berlaku apabila seseorang itu yang pada keadaan biasa, suka bergaul, secara tiba-tiba lebih gemar menyendiri, menjadi pendiam dan mengasingkan diri daripada orang di sekelilingnya. Alzheimer juga boleh membawa kepada satu tahap yang agresif seperti bercakap secara berulang-ulang, cepat naik angin sehingga kadang-kadang menjerit dan lebih teruk bertindak menendang apa sahaja yang ada berhampirannya.

Tahap Kritikal Nyanyuk/Alzheimer


Mereka-mereka yang mengidap alzheimer pada tahap kritikal sering melihat atau mendengar sesuatu yang sebenarnya tidak wujud (halusinasi). Pada tahap ini, sel-sel otak tidak lagi berfungsi sepenuhnya. Adakalanya mereka-mereka ini akan bertindak diluar batas kemanusiaan.

Setakat ini, menu pemakanan bukanlah antara penyebab penyakit alzheimer berlaku dan ia juga bukan penyakit keturunan. Tetapi, sekiranya dalam sesebuah keluarga itu mempunyai pesakit ini, peratusan risiko untuk ahli keluarga lain mendapat nasib sama, ada. 

Stress

Rawatan Untuk Penyakit Nyanyuk/ Alzheimer


Seseorang yang menghadapi alzheimer ini tidak akan perasan dengan perubahan mereka, tetapi orang di sekeliling perlu mengambil tindakan segera supaya ia tidak berlarutan kerana boleh menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal.

Pesakit alzheimer biasanya tidak akan pulih sepenuhnya biarpun telah melalui rawatan, samada melalui kaunseling atau pengambilan ubat yang disediakan. Bagaimanapaun ianya mungkin akan mengurangkan lima peratus daripada masalah yang dihadapi kepada yang lebih baik.

p/s: Selain daripada kurang tidur, sikap pelupa/nyanyuk dikhalangan orang muda juga selalu dikaitkan dengan stress atau diet dan gaya hidup yang tidak sihat. Antara perkara yang boleh kita lakukan ialah banyakkan membaca al-quran serta amalkan kehidupan yang aktif dan sihat.

Comments

  1. Kena pastikan waktu tidur dijaga.. mudah2an juga dgn ibadah dpt melindungi daripada sifat2 lupa ini.. in shaa Allah. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  2. bahaya juga kalau kurang tidur kan sis?

    ReplyDelete
  3. Risau juga nih! Saya biasanya kurang 5 jam sehari tidur....

    ReplyDelete
  4. aiza pun selalu tidur 4-5 jam je.. betul tu, kena amalkan membaca al-quran selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try cukupkan 6 jam aiza..mungkin tidur awal sikit kot..

      Delete
  5. Replies
    1. Orang dewasa tak boleh lebih dari 6 jam cikgu..nanti haywire..

      Delete
  6. yekeh?nasib xsmpt nanyuk lagi sbb half...cume mata to become as like panda eyes..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakarlah TB..nway still boleh betulkan mata panda tu..

      Delete
  7. Kalau tanya macam 2-3 kali rasanya OKje pun ada hehe...Takkan le nynyuk pulak ....ha sudah!....Tulah ada gak org kata banyakkan baca alQuran utk elak nyanyuk!...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat