Lelaki Tikam Empat Mangsa Atas Suruhan "Nabi"

 
Tempat Kejadian

Lelaki Di Bawah Pengaruh Dadah


Malang bagi empat mangsa, apabila ditikam seorang lelaki, berusia 26 tahun yang dipercayai dibawah pengaruh dadah di tiga lokasi berasingan sekitar Taman Melati, Gombak, pagi tadi.

Mangsa pertama adalah seorang wanita, pemilik sebuah kedai di stesen LRT Gombak, yang  berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an. Mereka ditikam dengan sebilah pisau rambo oleh suspek yang bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok.

Mangsa Yang DiTikam

Lelaki Bagaikan Di Rasuk

 
Selepas membunuh mangsa pertama, suspek bagaikan dirasuk memburu mangsa seterusnya. Beliau bergegas memandu van menuju ke Stesen LRT Melati, sebelum melanggar mangsa kedua,  pemandu sebuah van penghantar air mineral, berusia 48 tahun di Jalan Persiaran Pertahanan. Pemandu van air mineral tersebut ditikam sebaik sahaja beliau turun melihat keadaan van. Beliau mati ditempat kejadian, akibat tiga tusukan pisau.

Bagaikan tidak puas, suspek meneruskan perjalanan menggunakan modus operandi yang sama apabila bertindak melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hybrid yang dipandu seorang remaja berusia 25 tahun. Mangsa yang merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia.

Suspek Yang Cedera Di belasah

Tikam Empat Mangsa Atas Suruhan "Nabi"


Orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak membelasah suspek namun suspek hanya melaungkan takbir sambil mengucap berulang-ulang kali. Sambil menjerit-jerit, beliau memberitahu  bahawa dia mendapat utusan dari Nabi Muhamad, untuk membunuh mereka. Suspek yang berasal dari Johor, dipercayai menganut ajaran sesat.


p/s: Apabila jiwa tidak tenteram dan dikuasai syaitan, maka jadilah seperti ini. Takziah kepada semua keluarga mangsa. 



Source

Comments

  1. Ya Allah.. dunia hari ni. Takut utk mengetahuinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul liza..memang menakutkan..yang kita nampak luarannya ok..belum tentu sihat mentally..

      Delete
  2. adoi..kenapalah macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah dikuasai elemant yang tak betul, beginilah jadinya sis..yang tak berdosa jadi mangsa..

      Delete
  3. Dah agk dh.. mst de tak kena.nih...

    ReplyDelete
  4. Malaysia sudah sangat tidak selamat kepada keselamatan orang awam

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.. astagfirullah.. menakutkanlah..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..ngeri la plak..main tikam ikot suka je..kalau sy dlam situasi cmni, xthu la nk bygkn cmne..hmm Al-fatihah untk mereka yg meninggal

    ReplyDelete
  7. itu yg kta takut bila goyahnya iman memudahkan ejen2 syaitan mempengaruhi diri. sbb tu penting didikan agama pd anak2 sejak mreka kecil lagi jd mreka x mudah diperbodohkan oleh ajaran sesat bila dah besar.

    ReplyDelete
  8. main suka suki jer tikan dasat..

    ReplyDelete
  9. Astagfirullahal'azim..alhamdulillah, pembunuh berjaya ditangkap dan Takziah untuk keluarga mangsa bunuh . Al-fatihah

    ReplyDelete
  10. betapa kacaunya dunia sekarang..mangsa yang meninggal memberi trauma kepada ahli keluarga yang lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat