Breaking News

Monday, October 14, 2013

Lembu Mengamuk Menjelang Aidil Adha

 
Lembu Mengamuk Menjelang Raya

4 Cedera Di Serang Lembu Mengamuk


Seekor lembu yang melarikan diri dari sebuah kandang kira-kira 5km dari bandar Ipoh, telah menyerang sembilan warga emas pelancong Singapura, yang sedang menikmati tau fu fah di sebuah gerai di Jalan Raja Musa Aziz pada kira-kira 4.00 semalam.

Serangan tersebut telah menyebabkan empat orang tercedera, termasuk seorang lelaki warga emas, yang berusia 74 tahun. Beliau yang jatuh cedera di telinga, jari dan lengan. Lembu tersebut turut mencederakan dua lagi pelancong wanita yang terjatuh ketika serangan tersebut. Keduanya telah dimasukkan ke
unit kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun pada kira-kira pukul 6 petang. Dua lagi rakan mereka lebam dan luka.

Lembu Akhirnya Di Tangkap di Gospel Hall

 
Selepas menyerang pelancong, lembu tersebut berlari ke Jalan Yau Tet Shin,
berdekatan restoran yang menjual ayam beansprout popular di Ipoh dan seterusnya ke Jalan Sultan Iskandar diikuti oleh anggota polis dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pertahanan Awam. Haiwan itu akhirnya terperangkap ketika memasuki Elim Gospel Hall di Jalan Chung Thye Phi.

9 comments:

  1. hehehe , haish , macam2 ade hikmahnya tuh , ehehehe ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bahaya CP..yup mungkin ada hikmahnya kan..

      Delete
  2. La kesian nyer mangsa pada lembu.. dan lembu tu pun kesian sebab mengganas tak tentu arah sbb suasana .. Selamat hari raya aidil adha :D

    ReplyDelete
  3. hehe...macamanalah boleh terlepas....Seram jugak tu nak kena sembelih agaknya!

    ReplyDelete
  4. Kejadian yang tak sepatutnya berlaku, mungkin ada AJK korban yg kurang tanggugjawab menyebabkan kejadian ini terjadi. Simpati kepada warga emas pelancong spore tu.

    ReplyDelete

Designed By