Malaysia Negara Paling Korup - Ernst & Young

 Malaysia Paling Korup?

Malaysia Negara Paling Korup

Apabila Malaysia disenaraikan sebagai Negara paling korup dikhalangan negara Asia, mungkin ramai yang tak terkejut.  Kalau sebelum ini, ramai yang menganggap kenyataan ini sedikit bias, mungkin sekarang kita terpaksa menerima kenyataan ini. ‘Asia-Pacific Fraud Survey Report Series’ yang dikeluarkan oleh Ernst & Young, mengesahkan kedudukan ini. Kalau ada yang masih ragu-ragu mengenai status ini, mungkin you all boleh baca laporan terdahulu di Sini.

54% Bersedia  Melakukan Rasuah 

Dalam kajiselidik Ernst and Young itu, satu soalan yang ditanya: “Apakah anda bersedia melakukan rasuah dan mengambil jalan pintas?” 
Jawapan yang diterima ialah jika suasana persekitaran perniagaan menekan sebanyak 54% eksekutif di Malaysia  mengesahkan mereka bersedia, diikuti China 34%, Indonesia 29%, Vietnam 27%, New Zealand 13%, Singapura 11%, Australia 10% dan Korea Selatan 6%.

Hasil kajian ini boleh dilihat dalam website E&Y (www.ey.com/publication) yang melibatkan 681 pegawai eksekutif China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Korea Selatan dan Malaysia.

Rasuah Sebahagian Dari Budaya Kita?

Tangga Ke Enam Paling Korup


Untuk pengetahuan semua, pertama kali kajian agensi antarabangsa anti-rasuah ‘Transparency International’ menerbitkan ‘Indeks Persepsi Rasuah’ (CPI) pada tahun 1995, Malaysia diletakkan pada ranking ke-23 dari 43 negara seluruh dunia  yang dibuat kajian. Dikhalangan negara-negara Asia-Pasifik Malaysia menduduki tangga ke-6, selepas Jepun (5), Hong Kong (4), Australia (3), Singapura (2) dan New Zealand yang menduduki tangga pertama. Markah yang di perolehi ialah 5.28, di mana markah 10 paling bersih dan 0 paling korup.

Paling Korup Setelah Hampir 20 Tahun 


Setelah hampir 20 tahun nampak gayanya Malaysia melangkah bergaya menduduki tangga teratas. Apakah ini yang dikatakan Transformasi?

Comments

  1. Hmm orang lain duk kata kita kaya kerana mempunyai segalanya tp yg tersirat kita x pernah tahu

    ReplyDelete
  2. Tidak akan ada peningkatan selagi kepimpinan tidak berubah. Lihat dr keputusan audit sudah jelas dan nyata. Tiada apa tindakan pun dilakukan... Rakyat pula ditekan dgn pelbagai kenaikan harga sedangkan mereka ini terus melakukan pembaziran dan menerima rasuah.

    ReplyDelete
  3. hii kak hahaha it has been quite some time i did not singgah blog akak huhu. ohh corruption is not only involves the haram exchange of $$ hahaha.

    ReplyDelete
  4. Klu pengalaman sy lah, ada satu rasuah yg x nampak rasuah ialah bila payment job dah settle, ada org2 dari pihak pelanggan yg mengajak entertain memancing dsb.. selalunya kena belanja trip memancing lah.. tak semua mcm tu, tp ada.. mmg ada..

    ReplyDelete
  5. tak dinafikan ketika aiza bekerja kerajaan dulu pun ada yang cuba menyogok untuk dapatkan insentif kerajaan.. syukur aiza tak terima, silapnya aiza tak laporkan kepada pihak berkuasa berkenaan perkara ini..

    ReplyDelete
  6. tak terkejut lngsung baca statement ni.. dh selalu tgk senario yg entah bila nk berubah.

    ReplyDelete
  7. Sbar jelh..kenalah ubah pucuk pimpinan kalau nk negara berubah..ni semua orang xnk tgok dlu mcm mn..kalau sy yg berkuasa..sy bg je pluang..mgkin dasar yg lebih baik akan muncul..ni kalau orang yg mkan rasuah..hm jawablah dgn Allah

    ReplyDelete
  8. no komen.... hehehe

    ReplyDelete
  9. hehehehe..sabo je la..

    ReplyDelete
  10. Kita tidak harus berbangga dengan pencapaian ini.

    ReplyDelete
  11. xberapa heran,sbb mmg nmpk depan2 mata.buka mata dan cuba la berubah..pencapaian yg ada ni belum memuaskan hati lg..bile2 mase je boleh jatuh blk..hurmm..

    ReplyDelete
  12. Transformasi tak sihat namanya tu......macamana nk bendung agaknyakan!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat