Misteri Penjara Gitarama

Gitarama_prison
Kesesakan Yang Melampau

Kesesakan Di Penjara Gitamara


Penjara Gitamara yang terletak di Kagali, Rwanda sinonim dengan istilah neraka dunia. Kalau Penjara Guantanamo terkenal dengan kekejamannya, Penjara Gitamara terkenal kerana kehodohan dan kesesakannya.

 
Tidur Berdiri

Biarpun dibina hanya untuk menempatkan lebih kurang 500 tahanan, penjara Gitarama kini mempunyai lebih daripada 6,000 tahanan. Terlalu sesak sehingga ramai tahanan terpaksa berasak-asak dan berhimpit hanya untuk tidur pada waktu malam. Disebabkan keadaan penjara yang terlalu sesak banduan di sini tidak mempunyai pilihan kecuali berdiri sepanjang hari dan sepanjang malam

Keadaan lantai adalah lembap dan dipenuhi dengan najis memburukkan lagi keadaan. Ramai yang mengalami masalah kaki reput dan terpaksa di potong. Penjara ini juga terlalu busuk sehingga baunya dapat dihidu dalam jarak setengah batu jauhnya.

Sesak & Busuk

Banduan Terbiar Di Penjara Gitamara


Di penjara ini juga tidak ada sebarang bantuan atau kemudahan perubatan malah banduan terpaksa mencari makanan sendiri untuk dikongsi bersama demi kelangsungan hidup. Kehidupan mereka terbiar. Ramai diantara mereka yang kelaparan, sehingga ke tahap menggigit ketulan daging diantara satu sama lain untuk terus hidup.

Kebanyakan tahanan di sini terpaksa disumbat ke dalam penjara berikutan perang saudara yang berlanjutan sehingga ada yang mati dan hilang akal kerana ditempatkan terlalu lama. Pihak kerajaan langsung tidak mempedulikan mereka yang dianggap sebagai bebanan kerana kekurangan dana.

Gitamara, Rwanda, 1996. Following the 1994 massacres, tens of thousands of people accused of having been involved in the killings were incarcerated, in conditions made particularly difficult by overcrowding. The ICRC visited the prisons regularly, made representations to the authorities on a number of occasions, and provided wide-ranging assistance.
Banduan Terabai

Tanpa sebarang kemudahan asas, perubatan dan makanan, banduan yang dimasukkan di sini umpama menunggu detik akhir hayat tanpa sebarang pembelaan dan harapan untuk keluar mahupun hidup.

Comments

  1. euuuu.. baca pon dah rasa geli... tapi kesian jugak la kan kat depa

    ReplyDelete
  2. kejamnya kerajaan mereka.. macam masuk neraka dunia pula sesiapa yang dipenjarakan di situ ya..

    ReplyDelete
  3. first time tngok penjara sebegini sempit..kesian dgn mereka yang terpaksa berhimpit..

    ReplyDelete
  4. mcm bgus je klu mcm ni kt mlysia..bwu org xnak buat jhat sbb takot msuk pnjara..haha! kejam x..hehe..

    ReplyDelete
  5. Lebih teruk dari sardin dlm tin.. melanggar batas hak asasi kemanusiaan. Ini bukan menghukum, ini menganiaya.. Thanks sharing..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, awat teruk sgt tu .. maaf lambat terjah semula, bercuti, busy dgn keje & kesihatan Adik x mengizinkan lately !

    ReplyDelete
  7. Tak tergambar akan teruknya tempat ini, bayangkan bau busuk setengah batu boleh di hidu...pusat kumbahan pun xmacam tu...

    ReplyDelete
  8. boleh sakit mental duduk (kut ye leh duduk) dalam ni...

    ReplyDelete
  9. dugaan masing -masing harap mereka akan terlepas

    ReplyDelete
  10. erkk..keciannya..kalau cmtu baik lepas je..ni dah mcm siksa je :(

    ReplyDelete
  11. ramainyer banduan..

    ReplyDelete
  12. Lebih baik bunuh je la dari dibiarkan trseksa begini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat