Breaking News

Sunday, October 13, 2013

Motivasi Pagi : Ibadah Qurban Dalam Islam

Salam Motivasi Kepada Semua Pembaca Blog Santai,

http://3.bp.blogspot.com/-Bg0RY7XrGPU/TwvhEGPiuaI/AAAAAAAAAEg/_9xoCwG12_E/s1600/HADIS+QURBAN.png
Qurban Dalam Islam

Qurban Dalam Islam


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai ibadah qurban dalam Islam. Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban. Antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;

Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

HUKUM IBADAH KORBAN

Sebahagian ulama berpendapat bahawa korban itu hukumnya wajib, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai sunnah.

Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW;

Maksudnya;

“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan;

Maksudnya;

“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)

Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.

Selamat Menjalankan Ibadah Qurban Untuk Semua. Semoga hidup kita akan lebih diberkati. Amiin..

11 comments:

  1. Nice post! comment back! http://diverzer.blogspot.com/2013/09/download-akb48-koisuru-fortune-cookie.html

    ReplyDelete
  2. selamat menjalani ibadah korban dan selamat hari raya aidiladha.. :D

    ReplyDelete
  3. great piece of sharing... terimbau sesuatu tentang qurba ni sebenarnya...

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. bersamalah kita semua memahami & memperhalusinya.. Salam Aidil Adha Raudzah :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas perkongsian :)

    singgah sini , jemput ke blog :)

    ReplyDelete
  6. byk maksud dan kebaikan di sebalik ibadah korban tu :)

    ReplyDelete
  7. Okje tak berkorban pun Raudzah... korban tenaga je hehe.... masak pagi raya

    ReplyDelete
  8. Memang dah pasang niat buat korban untuk satu family... mudah2an Allah permudahkan. Aamiin

    ReplyDelete

Designed By