Skip to main content

Penerbit Filem Hina Rasulullah Terima Hidayah Allah

 Arnold Fandor

Penerbit Filem Hina Rasulullah Terima Hidayah Allah  


Siapa sangka Arnold Fandor, yang suatu ketika dahulu menimbulkan kontroversi kerana menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W., kini dipilih bersama jutaan umat Islam untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima di tanah suci Mekah. 
 
Ketika diwawancara sementara menunggu untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, beliau mengakui begitu teruja untuk menunaikan haji setelah memeluk Islam kira-kira setahun yang lalu. Dia mengakui walaupun agak sukar baginya pada peringkat awal memeluk Islam kerana beliau bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam, namun ia tidak sedikitpun mematahkan semangat beliau untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini. Beliau begitu yakin bahawa agama Islam adalah agama suci yang membawa satu mesej yang besar dan mulia.  

Bakal Terbit Filem Tentang Rasulullah S.A.W


Beliau mengakui tidak pernah merasakan ketenangan yang begitu sempurna  sehinggalah berkesempatan menziarahi makam Rasulullah SAW. Dengan linangan air matanya tidak henti-henti mengalir beliau mengakui hatinya benar-benar merasai ketenangan kini. Setiap kali berdoa air matanya pasti tumpah apabila mengenangkan dosa-dosanya yang lalu. 

Cita-citanya hanya satu pada ketika ini, iaitu untuk  menghasilkan sebuah filem dan produk hebat yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji.

p/s: Alhamdulillah beliau telah menerima hidayahnya. Siapa kita untuk menghukum seseorang. Perancangan Allah tiada siapa yang tahu.



Cr: Sinar Online

Comments

  1. alhamdulillah.. sebak pula aiza membaca entri ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedikit sayukan Aiza..Hidayah Allah boleh datang bila-bilakan..sejahat-jahat manusia apabila dikehendaki Allah untuk bertaubat, pasti jadi..

      Delete
  2. alhamdulillah..hidayah itu milik Allah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. hebatnya perancangan Allah, hanya Dia yg sebaik2 Perancang & Perlaksana.. subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Khir..Allah adalah perancang segalanya..

      Delete
  4. alhamdulillah..sungguh besar kuasaNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sis..Hanya Allah yang tahu rahsia yang tersurat kan sis..

      Delete
  5. Alhamdulillah dpt juga hidayah :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah hidayah Allah itu boleh pada sesiapa sahaja yg dia mahu kan..
    Sebab tu selagi orang tu tak mati.. kita tak boleh melaknat kesalahan dia.. sebab dia ada possibility untuk bertaubat.. subahanallah..

    ReplyDelete
  7. Beruntungnya beliau...menjadi insan terpilih mendapat hidayah, Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. Mengalir airmata membaca entri ni... huhu..touchingggg..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat