Breaking News

Saturday, October 26, 2013

Rakyat Malaysia Tak Bertanggungjawab?

Dominic (dua, kanan)
Cermin Pecah Di Timpa Objek Dari "Langit"

Rakyat Malaysia Tak Bertanggungjawab?


Rakyat Malaysia Tak Bertanggungjawab? Bunyinya kasar dan menyakitkan. Tapi itulah hakikat yang mungkin kita terpaksa terima kerana ada diantara kita yang "sememangnya tidak punya sifat tanggungjawab sebagai seorang manusia". Mementingkan diri, tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain.

Buang Sampah Merata-Rata


Contoh terbaik sikap tak bertanggungjawab adalah sifat suka membuang sampah dimerata-rata. Dari atas bangunan, dari dalam kereta, di dalam lif dan juga di padang permainan. Yang paling menyedihkan, adakalanya bukan setakat sampah tapi benda-benda yang boleh mencederakan orang lain, seperti batu, botol kaca, topi keledar dan juga tin kosong turut dibuang dari atas bangunan. Kejadian seumpama ini selalunya berlaku di kawasan Perumahan Rakyat. Apa perasaan mereka ketika melakukan aksi-aksi yang tak sepatutnya ni ya? Yang pasti bukan rasa bersalahkan.

Lelaki OKU berdarah di kepala akibat terkena botol kicap.

Lelaki OKU terkena balingan botol kicap.

 
Kisah terbaru, Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) parah di kepala selepas terkena botol kicap dipercayai dibuang individu tidak bertanggungjawab di Flat Padang Tembak, Air Itam, Pulau Pinang. Kejadian tersebut berlaku pada jam 4.30 petang apabila si  penjual surat khabar, Kwok Aik Siew, 59, melalui jalan antara blok A dan B sebelum botol kicap itu mengenai kepalanya, menyebabkan beliau rebah. Beliau cedera parah di kepala.

Cuba bayangkan jika kita adalah salah seorang yang melalui kawasan tersebut. Dimanakah sifat perihatin rakyat malaysia?

 http://i.brta.in/images/2012-09/ff8b4bedd803bc2df29cdff19013fe94.jpg
Mungkin Papan Tanda Ni Berkesan Kot Untuk Mereka-Mereka Yang Suka Membuang Sampah Di Tempat Tak Sepatutnya.

12 comments:

  1. ada benarnya kenyataan ini.. aiza tengok di kebanyakan kawasan perumahan (rumah flat) sudah ramai juga warga asing yang mendiaminya.. tak dapat dipastikan siapakah pelakunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah masalahnya Aiza..tapi memang ramai yang suka buang sampah merata-rata ni..kadang-kadang selamba je dia orang buang sampah tempat yang tak sepatutnya..hmmm

      Delete
  2. ye sis..selalu mcm tu..ada juga jiran yg sk buang pampers anak dorang kat sebelah rumah kathy..kathy geram suruh kutip balik..

    ReplyDelete
  3. Ini kdgkala mmg amat merisaukan bila objek2 keras tak pasal2 kene kepala dsbnya.. x tau pulak siapa pelakunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Khir...bila jadi macam kes botol kicap tu..mesti susah nak tau siapa yang baling..kecuali ada finger print kat bottle tu..baru taukan..

      Delete
  4. errmm... susahlah masyarakat kita hari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah mama...susah sangat ke nak buang dalam tong sampah?

      Delete
  5. Selagi belum terkena pd diri sendiri, selagi itulah tak akan insaf...
    Mereka ini, ingat duduk kat ran di tengah hutan kot...hehe

    ReplyDelete

Designed By