Tujuh Golongan Yang Dilindungi Di Padang Mahsyar

Salam Jumaat Buat Semua Pembaca Blog Santai,

Keadaan Di Padang Mahsyar

Tujuh golongan yang di lindungi


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 7 golongan yang di lindungi Allah di Padang Mahsyar. Seperti yang kita semua sedia maklum, keadaan dan suhu di Padang Mahsyar dimana kita semua bakal dihisab, amat panas. Pada ketika itu semua manusia yang dibangkitkan semula, menjadi bingung dan panik mencari tempat perlindungan.

Dalam Al-Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Qiyamah: 10-11:
"Pada hari itu manusia berkata: "Kemana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" Tetapi dengan kehendak Allah akan terdapat beberapa orang yang mendapatkan naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah dan naungannya. Ada tujuh orang yang akan mendapatkan naungan dari Allah dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naunganNya ialah :
  • Penguasa/ pemimpin yang adil.
  • Seorang remaja yang menjaga masa remajanya dengan beribadah kepada Allah.
  • Seorang lelaki yang hatinya dekat dengan masjid-masjid.
  • Dua orang yang saling cinta-mencintai karena Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.
  • Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".
  • Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu (artinya dia bersedekah dan tidak menceritakan sedekahnya itu kepada orang lain).
  • Seorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi, sehingga kedua matanya mencucurkan air mata." [6]
Semoga kita semua termasuk dalam golongan 7 yang di atas. Amiinn..

Jaga Diri, Hiasi peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Comments

  1. alhamdulillah pengkongsian yg baik hari jumaat ;)

    ReplyDelete
  2. semoga kita termasuk dlm golongan itu...in shaa Allah

    ReplyDelete
  3. As salam...semoga kita semua dilindungi Allah dan tergolong dalam kelompok yg terpilih juga. Kasih sayang Allah sangat luas, cuma kita sbg manusia selalu ja lalai. Contohnya diri ambe sendiri.

    ReplyDelete
  4. Semoga kita tergolong diantara 7 golongan tersebut...amiin

    ReplyDelete
  5. moga kita dalam lingkungan NYA

    ReplyDelete
  6. semoga kita diantara salah satunya..aminn..

    salam jumaat akak :)

    ReplyDelete
  7. salam jumaat raudzah.. semoga kita seua tergolong dalam 7 golongan itu..

    ReplyDelete
  8. harap2 dapat jadi salah seorang drpd 7 golongan di atas.

    ReplyDelete
  9. boleh tak agaknya kita termasuk dalam 7 golongan tu Raudzah?

    ReplyDelete
  10. Berusahalah kita menempatkan diri dalam 7 golongan tersebut.

    ReplyDelete
  11. moga kita tergolong di kalangan mereka..

    ReplyDelete
  12. Semoga kita semua dpt tergolong dikalangan 7 golongan tersebut.. amin2..

    ReplyDelete
  13. Berusaha untuk menempatkan diri dalam 7golongan itu.. In shaa Allah.. Thanks Raudzah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat