6 Tips Mudah Untuk Berjaya

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPgCGN1okP58AAu2Z3gqcq1vUmmU1OoPj500meX6sfxddl6P2NoDbrhp8SvBNMBrqwJ1xH-ftafhDRCYBDmZuiuW3yiHdI_tTLI5d8jMP8_hhbOpgBTf8PCJ6Ge7nqI-38hJNYmhisP4V4/s1600/berjaya+dalam+hidup.jpg
Kejayaan Adalah Milik Setiap Orang

5 Tips Untuk Berjaya


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 6 Tips Untuk Berjaya Dalam Hijrah. Alhamdulillah, hijrah kita telah masuk hari kedua. Apabila kita bercakap pasal hijrah pastinya kita bercakap mengenai sesuatu yang baik. Dan apabila kita ingin melakukan sesuatu yang baik, dugaan dan ujian pasti datang. Jika kita kuat In Shaa Allah kita akan berjaya, jika sebaliknya, kita mungkin akan gagal di pertengahan jalan.
 
Untuk berjaya dalam hijrah, kita perlukan 6 perkara berikut:

1. Niat


Hijrah seharusnya dimulakan dengan niat yang ikhlas dalam mengharapkan keredhaan Allah. Perubahan diri yang disertakan dengan niat yang ikhlas pasti akan kekal dan mendapat pertolongan dari Allah. 

2. Matlamat


Matlamat yang ditetapkan perlulah relevan dan mampu untuk dicapai.  jangan letakkan matlamat yang sukar di capai dalam tempoh yang singkat. Mulakan dengan usaha yang mudah.

3. Buang Anggapan Salah


Selama ini mungkin kita beranggapan yang salah terhadap diri dan kehidupan kita. Kita mungkin menganggap bahawa golongan yang baik sahaja yang mampu untuk memperolehi kemanisan iman. Untuk berjaya kita perlu buang perasaan ini dan percaya bahawa jika Allah ingin sesuatu yang baik berlaku ke atas kita, ianya tidak mustahil. Hidayah Allah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tidak mengenal bangsa, rupa dan juga masa.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJOog-xQXAx4GptJaV7pvyzG5NfahVAHG0IG8Nacq8wNL3rCAUKYhLa4zb5DFOKCD8GiW5u6d40s7sl_6UBC-vXTHnx9WeKZoyvrFNNZjLYxSrS-zU-8A1IG0lJukdG34KGQCgzUAHYQs9/s1600/semangatbaru.jpg
 Semangat Juang Yang Tinggi

4. Banyakkan Membaca Kisah Orang Berjaya


Jika kita ingin melakukan sesuatu yang baik seperti berjaya dalam kehidupan atau perniagaan contohnya, kita perlu banyak membaca buku-buku yang bercerita kisah kejayaan usahawan-usahawan yang telah berjaya. Jadikan pengalaman mereka sebagai panduan.

5. Pilihlah Kawan Yang Betul


Jika kita ingin berubah ke arah kebaikan, kita perlu suntikan semangat dari mereka-mereka yang berada disekeliling kita. Oleh itu, sangat penting kita memilih untuk berada di khalangan mereka-mereka yang mempunyai aura yang positif dan bukannya negatif.

6.  Pedulikan Kata Orang


Untuk berhijrah kita perlukan pengorbanan kerana pasti ada mata dan telinga yang akan sentiasa melihat perubahan kita. Mereka ini akan memuji dan mungkin juga akan mengeji setiap perubahan yang berlaku pada diri kita. Apa yang perlu ada pada kita adalah semangat diri yang kuat. Jangan terlalu cepat berbesar hati dengan segala pujian dan berkecil hati dengan segala kejian.

Sebagai kesimpulan tiada jalan mudah untuk berjaya. Jika kita telah memilih satu-satu jalan, kita perlu istiqamah dan berdoalah kepada Allah supaya hati kita tabah dan tetap.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.
 

Comments

  1. btol setuju dgn semua tuh..klu kita asik dengar jee tanggapan negatif owg len kekadang xkemane pn..

    ReplyDelete
  2. aiza setuju dengan semua tips di atas.. terima kasih kerana berkongsi.. :D

    ReplyDelete
  3. setuju sangat .. nice sharing Raudzhah..berubah bkn mudah tapi x mustahil kan :)

    ReplyDelete
  4. bertul..kathy setuju..

    ReplyDelete
  5. tq share very gd one ni dear!

    ReplyDelete
  6. Semoga kita semua akan berjaya...
    Sebab tu suka ke sini, sahabat yg berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks so much BM...tapi kita tak adalah succes tang mana pun...tapi Alhamdulillah..rezeki datang dari Allah...

      Delete
  7. Setuju sgt2.. semoga terus sukses..

    ReplyDelete
  8. Ilmu dikongsi dan disebarkan bersama.. http://jalalboy.blogspot.com/2013/11/6-tips-untuk-berjaya-dalam-hijrah.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat