Stesen minyak kantoi menipu 
Mohd Zulkifli (kiri) bersama pegawai penguatkuasa PPDNKK Putrajaya menunjukkan cara mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api

Stesen Minyak Menipu!!!!!!


Dahlah harga minyak naik, ada juga stesen minyak yang mengambil kesempatan menipu pengguna. Kesian kita semua. 

Kisah stesen minyak kantoi ni berlaku di Ipoh dimana pengguna menerima kurang daripada minyak yang sepatutnya diterima setiap kali mengisi minyak di stesen berkenaan. Contoh nya kalau kita beli minyak pada harga RM60, kita sepatutnya dapat 30 liter. Tapi apa yang kita dapat cuma 25 liter. 5 liter telah hilang kerana stesen minyak telah membuat pengubahsuaian kepada pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat.

Stesen Minyak Ubahsuai Di Sita


Penipuan ini berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor. Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.
  
Kenapalah ada yang sanggup buat macam ni. Harap-harap operasi seperti ini diperluas ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih. So sekarang, setiap kali membeli minyak kena check betul tak quantity yang diterima. Kan menyusahkan tu...Hmmm..