Skip to main content

Awas Stesen Minyak Menipu!!!!!!

Stesen minyak kantoi menipu 
Mohd Zulkifli (kiri) bersama pegawai penguatkuasa PPDNKK Putrajaya menunjukkan cara mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api

Stesen Minyak Menipu!!!!!!


Dahlah harga minyak naik, ada juga stesen minyak yang mengambil kesempatan menipu pengguna. Kesian kita semua. 

Kisah stesen minyak kantoi ni berlaku di Ipoh dimana pengguna menerima kurang daripada minyak yang sepatutnya diterima setiap kali mengisi minyak di stesen berkenaan. Contoh nya kalau kita beli minyak pada harga RM60, kita sepatutnya dapat 30 liter. Tapi apa yang kita dapat cuma 25 liter. 5 liter telah hilang kerana stesen minyak telah membuat pengubahsuaian kepada pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat.

Stesen Minyak Ubahsuai Di Sita


Penipuan ini berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor. Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.
  
Kenapalah ada yang sanggup buat macam ni. Harap-harap operasi seperti ini diperluas ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih. So sekarang, setiap kali membeli minyak kena check betul tak quantity yang diterima. Kan menyusahkan tu...Hmmm..


Source

Comments

  1. susahnya kalau semuanya tak jujur kan, yg jadi mangsa kita lah pengguna ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BC..ada je idea nak kenakan pembeli..hmmm

      Delete
  2. cara yang tak menghalalkan matlamat.

    ReplyDelete
  3. melampau dorang ni..

    ReplyDelete
  4. di perak memang banyak begitu.. aiza balik kampung di perak baru-baru ni pun rasa macam stesen minyak tu menipu.. baru saja letak nozel untuk mengisi minyak dan belum tekan mengisi dia dah berjalan sendiri (macam berhantu pula).. aiza tanya pekerja dia kenapa begitu, alasannya pam minyak blama (mungkin tahun 1990-an punya)..

    ReplyDelete
  5. Mmg x berkatlah kehidupan klu berterusan buat mcm tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat