Inilah Wajah Suspek Kes Tembak Ustaz Ahmad Raffli Ab Malik

 
 Lakaran Wajah Suspek Kes Tembak

Lakaran Wajah Suspek Kes Tembak


Lakaran wajah salah seorang suspek dalam kes tembak Ustaz Ahmad Raffli Ab Malik, Ketua Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) didedah dan diedar untuk pengetahuan umum. Suspek adalah orang pertama yang memasuki perkarangan rumah mangsa pada hari kejadian. Suspek kedua adalah yang melepaskan 3 das tembakan dari jarak dekat ke arah mangsa selepas suspek pertama memberi salam, manakala suspek ketiga pemandu kereta Proton Wira Aeroback putih masih belum dikenal pasti.

"Tuhan Harun"

Suspek Mungkin Berdendam


Pihak polis percaya tiga suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut mungkin berdendam atau tidak berpuas hati dengan Allahyarham dengan penguatkuasaan yang dijalankan. Mereka juga tidak menolak kemungkinan bahawa kesemua suspek adalah merupakan pengikut kumpulan ajaran sesat,'Tuhan Harun'. Semoga mereka di tangkap segera dan menerima hukuman yang setimpal dengan kekejaman yang dilakukan..

Al-Fatihah kepada mangsa dan Takziah kepada keluarga. 


Comments

  1. Al-fatihah,..semoga pembunuh cepat2 trtangkap

    ReplyDelete
  2. tuhan saya hanya satu Allah Swt...
    Al-fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  3. Hanya mereka yg tahu sebabnya. Semoga tertangkap pembunuh ini.

    ReplyDelete
  4. takziah dan al-fatihah.. semoga pembunuh segera tertangkap..

    ReplyDelete
  5. Moga keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan. Inshaallah.

    ReplyDelete
  6. kalau ikutkan hati rasa nak tembak balik jer orang tu..semoga suspek itu dapat ditangkap dengan kadar segera..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalanga org2 yg beriman.. Al Fatihah.. aamiin.

    ReplyDelete
  8. Takziah untuk keluarga mangsa...dan semoga suspek dpt ditangkap secepat mungkin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat