Kulit Lembu Yang Mengubah Dunia

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/0/0c/Cow_female_black_white.jpg
Kulit Lembu Yang Mengubah Dunia

Kulit Lembu Yang Mengubah Dunia


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai kisah Kulit Lembu Yang Telah Mengubah Dunia. 

Pada suatu hari seorang Maharaja di sebuah negara yang "tiada nama" telah membuat keputusan untuk keluar mengembara ke tanah-tanah jajahannya dengan diiringi laksamana dan para pembesar negeri. Dalam perjalanan pulang dari pengembaraan yang jauh itu, maharaja mengeluh kepenatan. Tapak kakinya melecet.

"Jalan di Tanah jajahan kita ni teruk. Batu-batunya tajam, berbonggol-bonggol. Habis luka kaki beta." Maharaja mengeluh ketika tabib menyapu luka pada tapak kakinya.

Apabila tabib menyudahkan kerjanya, maharaja mengeluarkan arahan, "Suruh rakyat jelata sembelih binatang ternakan mereka. Kemudian lapikkan setiap inci jalan di seluruh negeri ini dengan kulit binatang tadi."

 http://dolbymaza.com/wp-content/uploads/2013/08/zz1.jpg
Dunia Berubah Kerana Kita Berubah

Kulit Lembu Di Buat Kasut


Penasihat baginda mengangguk, begitu juga dengan para pembesar negeri yang mengiringinya, kecuali seorang. Lelaki tersebut dengan sopan menghampiri maharaja dan berkata:

"Tuanku, daripada menghabiskan harta negara dan menyusahkan rakyat, bukankah lebih baik dipotong sedikit kulit binatang tersebut dan buatkan pelapik kaki tuanku?"

Maharaja terkejut kerana itulkah kali pertama ada orang berani menyanggah kata-katanya. Tapi beberapa detik kemudian maharaja tersenyum seraya berkata:

" Ok, Beta bersetuju sepasang kasut dibuat untuk beta."

Kesimpulannya disini, kita sentiasa mengharapkan orang lain melakukan perubahan untuk kita. Tapi kita tidak sedar untuk menjadikan dunia ini lebih indah dan bermakna, yang perlu berubah bukanlah orang lain atau seluruh dunia, tetapi diri kita sendiri....

Comments

  1. hanya kita yang mampu mengubah diri kita..

    ReplyDelete
  2. happy sunday Raudzah .. ^_^ moga kita mendapat iktibar dari cerita ini

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. cerita yg membuka minta.. salam hujung minggu, semoga sentiasa ceria.. :)

    ReplyDelete
  4. sbg pemimpin..perlu juga mendengar pendapat org bawahan

    ReplyDelete
  5. cerita sangat menarik dan punya makna tersirat..nice..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat