Misteri Bongkah Batu Bergerak Sendiri

 
 Kesan Seretan Bongkah Batu

Misteri Bongkah Batu Bergerak Sendiri


Sejak berkurun dahulu, masyarakat Red Indian yang mendiami Dataran Sierra Nevada, Amerika, takjub dengan kisah misteri bongkah batu bergerak sendiri. Fenomena batu bergerak sendiri itu berlaku di Racetrack Playa yang menempatkan Tugu Kebangsaan Death Valley.

Di kawasan seluas 2 kilometer lebar dengan 5 kilometer panjang itu, bongkah-bongkah batu yang seberat 320 kilogram kerap beralih tempat dengan meninggalkan kesan seretan yang panjang, seolah-olah dilakukan oleh manusia ataupun haiwan. Jarak paling jauh pergerakan bongkah-bongkah itu ialah 262 meter.

Selama bertahun-tahun mereka berusaha menyiasat siapakah yang begitu gagah dapat menggerakkan batu-batu itu, namun hasilnya mengecewakan. 

 
Kesan Seretan Bongkah Misteri 

Bongkah Misteri Bukan Faktor Fenomena Alam?


Suatu ketika mereka pernah pengupah pengawal-pengawal untuk mengintai pergerakan bongkah batu tersebut pada waktu malam. Keesokan harinya mereka melihat banyak kesan seretan bongkah batu tersebut di mana-mana di sekitar kawasan berkenaan. Namun, apabila ditanya mengapa bongkah-bongkah batu tersebut bergerak, mereka hanya terpinga-pinga.  Padahal pada malam itu mereka tidur disekeliling batu.

Sehingga hari ini, tiada siapa yang mengesahkan bagaimana kejadian batu bergerak itu berlaku. Biarpun pelbagai teori dikeluarkan yang mengaitkan pergerakan batu tersebut dengan pergerakan angin, air batu, saiz batu dan struktur tanah, tiada satupun yang dapat diterima kesahihannya. Kebanyakan teori dapat disangkal kewujudannya.

Persoalan yang masih menjadi misteri adalah, jika apa yang disaksikan bukannya fenomena alam,  siapakah punya angkara? Hanya Allah yang maha mengetahui.

Comments

  1. Kuasa Allah. Macam mana boleh bergerak.. Subhanallah.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.. sesuatu yg baik utk kita renung2 kan.. 263 m jauh tu utk batu yg seberat tu.. wallahualam..

    ReplyDelete
  3. satu keajaiban Allah untuk kita berfikir kebesaran-Nya..

    ReplyDelete
  4. banyak yang kata bukan itu kuasa Tuhan

    ReplyDelete
  5. Misteri jugak tu..... tp tak de yg mustahil kalau Allah kata Kun Fa Ya kun.....kan Raudzah...

    ReplyDelete
  6. dah diupah pengawal pun masih x tau punca nya yer...teruskan siasatan yer... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat