Misteri Kehilangan Potret Monalisa

Monalisa

Misteri Kehilangan Potret Monalisa


Kehilangan potret Monalisa daripada tempat seimpanannya menjadi misteri selama dua tahun. Dari dulu, Potret Monalisa sememangnya menjadi rebutan peminat seni dan para jutawan di Eropah. Kerana itulah potret berkenaan yang dipamerkan di galeri Louvre di Paris, Perancis terpaksa diletakkan didalam bekas kalis peluru yang dikawal rapi.

Bagaimanapun pada 12 Ogos 1911, dunia seni gempar apabila potret Monalisa didapati hilang. Usaha pasukan keselamatan dari seluruh Eropah gagal mengesan penjenayah tersebut. Tiba-tiba tidak berapa lama kemudian, muncul 6 orang jutawan mengaku memiliki lukisan tersebut. Masing-masing dengan penuh bangga mengaku bahawa mereka adalah pemilik sebenar potret Monalisa yang asli. Kesemua mereka mengaku bahawa mereka membeli potret tersebut dengan harga AS$300.000.


http://3.bp.blogspot.com/-tPXSDUPuOXk/UhSnkRutYBI/AAAAAAAAQAc/etsrgyCR_wI/s640/robomonalisaperuggia.jpg 
Vincenzo Peruggia

Misteri Kehilangan Potret Monalisa Terbongkar


Dua tahun kemudian, misteri kehilangan Monalisa terbongkar. Keenam-enam jutawan tersebut terpaksa berputih mata kerana Monalisa yang selama ini disangka asli, rupanya tidak lebih hanya lukisan palsu yang dihasilkan oleh pakar penciplak terkenal bernama Yves Chaudron.

Semuanya terdedah apabila, Peruggia salah seorang pencuri yang menyeludup potret tersebut keluar dari galeri Louvre di Paris, Perancis pada 12 Ogos 1911, mencuri semula lukisan tersebut dari simpanan Valfierno dan menjualnya dengan harga yang terlalu murah. Tindakan nya telah menimbulkan syak wasangka yang akhirnya menyebabkan beliau ditangkap dan dipenjara. Selepas itulah Monalisa kembali ke tempat asalnya di Lourve hingga kini. 

Jika tidak kerana sifat tamak Perugia, mungkin ramai lagi jutawan yang tertipu manakala Dan Valfierno hidup mewah hasil jualan Monalisa palsu. Hmmmm...

Comments

  1. ha..ha... tamak punya pasai..
    x pasai2 kena tipu

    ReplyDelete
  2. tak tahu plk potret ni pernah kena curi. hehe. tapi cantik la lukisan dia

    ReplyDelete
  3. baru puteri tahu yang potret ni pernah kena curi

    ReplyDelete
  4. kenapa monalisa menjadi satu rebutan er?

    ReplyDelete
  5. potret monalisa ni istimewa sngt sampai menjadi rebutan . tapi kita tengok biasa ja pon hehe

    ReplyDelete
  6. ntah la ada orang kata mona lisa ni tak wujud pun

    ReplyDelete
  7. honestly fae x nampak something special pasal gambar ne..

    ReplyDelete
  8. Ntah2 yg dipamerkan tu pun sebenarnya palsu ...

    ReplyDelete
  9. bab seni ni aiza tak panai sangat menilai.. terlalu istimewa sehingga menjadi rebutan orang kaya..

    ReplyDelete
  10. Mungkin dicuri sbb nk main harga agar lebih mahal kot.. wallahualam.. :)

    ReplyDelete
  11. klu aku dpt potret nie kn bez,,
    pastu jual blik, mmg goyang kaki la kn..
    hihi

    ReplyDelete
  12. Ramainya yang minat dengan potret monalisa..

    ReplyDelete
  13. bende biasa2 je pun bole jadi mahal kalau jadi rebutan

    ReplyDelete
  14. for KA lah monalisa ni biasa2 aje hehehe

    ReplyDelete
  15. hmm.. hanya kerana sebuah potret..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat