Motivasi Pagi: Alangkah Lemahnya Manusia

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

http://raikzman.files.wordpress.com/2011/08/dunia-hanya-sementara.jpg
Jangan Lebihkan Dunia Dari Akhirat (Cr Google)

Motivasi Pagi: Alangkah Lemahnya Manusia


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Kedudukan Manusia Yang Sangat Lemah Di Bumi Allah. Kisah ini adalah berdasarkan cerita Nabi Isa a.s.

Suatu hari, Nabi Isa a.s bersiar-siar bersendirian. Tiba-tiba kakinya tersepak tengkorak manusia. Kepalang terperanjatnya Baginda. "Dengan izin Allah, bercakaplah engkau" Doa Nabi Isa a.s sambil menadah tangan. Lantas tengkorak itu bersuara. Katanya "Aku adalah seorang raja besar zaman dahulu. Ketika aku duduk di singgahsana dengan mahkota yang bergermelapan serta dikelilingi para pembesar yang gagah perkasa, datang malaikatmaut.

"Seluruh sendiku terasa sakit dan wajahku tiba-tiba pucat lesi. Dimatikan aku pada saat itu. Dan pada ketika itu aku tersedar bahawa manusia adalah insan yang paling lemah. Jika sebelum itu, aku merasa terlalu gagah, sentiasa digeruni dan dihormati, semuanya hilang sekelip mata disaat nyawaku diambil

Kesimpulan yang boleh kita ambil dari cerita ini adalah, setiap apa yang kita miliki didunia ini hanyalah pinjaman. Kekayaan, kekuasaan, kesenangan dan kesukaran hanyalah sementara. Tiada yang kekal kecuali amalan yang mulia. Semoga kita tidak leka dan lalai. 

Selamat menunaikan puasa sunat 9 & 10 Muharam semua. Semoga amalan kita diberkati Allah.

Jaga Diri, Hiasi peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Comments

  1. Betol tu...semua didunia ini adalah pinjaman...bile-bile masa boleh ditarik semua kenikmatan yang dirasa. Sama-sama kite muhasabah diri..

    ReplyDelete
  2. Sebab tu kakpb selalu terapkan pd diri dan anak jika ada keinginan pd sesuatu benda, fikirkan itu semua tak kekal didunia ni. Hidup bersederhana lebih baik, tak pening kepala.

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa raudzah.. manusia seringkali lupa diri apabila mereka berada di atas, sedangkan semua nikmat itu adalah milik Allah.. terima aksih kerana mengingatkan aiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aiza..Itu adalah ingatan untuk kita sendiri juga..

      Delete
  4. apa yg kite ade di dunia ni hanya sekadar pinjaman dari Dia,satu hari nnti kite juga akan dikembalikan.jd beringatlah..selamat berpuasa zaudzah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks TB..and betul sgt-sgt. Dunia ni hanya pinjaman..

      Delete
  5. manusia di sisi Allah adalah sama ja kan.. Slmt berpuasa Raudzah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Lieya..betul tu Lieya..Manusia adalah sama disisi Allah..yang membezakan kita semua adalah iman..

      Delete
  6. So jgn la bermegah2 dengan apa yang kita ada...ini semua hanya sementara

    ReplyDelete
  7. Subhanallah.. semoga sentiasa menjadi peringatan kpd kita semua.. aamiin..

    ReplyDelete
  8. tulah semua yang kita miliki di dunia ni hanya sementara..mudah-mudahan kita tidak lalai dan leka dengan nikmat dunia

    ReplyDelete
  9. peringatan yg bagus untuk semua

    ReplyDelete
  10. ye,kita hanya pelakon di atas pentas dunia..tiada yang kekal melainkan DIA..muhasabah diri..

    ReplyDelete
  11. Kita insan yg lemah...tiada siapa yg dapat lari dr ajal

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat