Pos Malaysia Tangguh Pelancaran Setem Kontroversi

Siri Setem Tahum Melawat Malaysia 2014

Pos Malaysia Tangguh Pelancaran Setem Kontroversi


Masih ingat dengan cerita setem kontroversi yang di kongsi Blog Santai pada 6 November yang lalu? Susulan daripada kejadian tersebut, Pos Malaysia dan Tourism Malaysia telah membuat keputusan untuk menangguhkan pelancaran siri setem Tahun Melawat Malaysia 2014. Pelancaran yang sepatutnya dilakukan pada minggu ini ditangguh kepada awal tahun depan.


Setem Kontroversi

Keputusan tersebut  adalah bagi memberi peluang kepada Pos Malaysia dan agensi-agensi yang terlibat untuk menjelaskan kepada umum mengenai dakwaan mencuri imej yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya tiga jurugambar.

Laman web agensi yang bertanggungjawab menyediakan setem-setem tersebut juga gagal diakses sehingga kini. Kan dah menyusahkan tu. Semoga Pos Malaysia dan agensi-agensi yang terlibat mengambil iktibar daripada kejadian tersebut. Jangan ambil mudah tentang isu hak reka cipta.

Comments

  1. naa kan da jadi isu..huhu lain kali minta izin dulu la..kang tak pasal+ kena saman :(

    ReplyDelete
  2. betul...kathy sokong ..

    ReplyDelete
  3. tak pasal-pasal dah jadi isu..kan mudah kalau dah minta izin

    ReplyDelete
  4. comelnyaaa setem terbaru ni.. ada2 saja kontroversi. hak cipta selalunya kena minta izin dulu

    ReplyDelete
  5. Ya, bukan sahaja tulisan yang perlu minta izin. Gambar juga pun begitu. Seperti dalam blog jika gambar itu diambil dari mana-mana nyatakan sumber petikannya.

    ReplyDelete
  6. Bukan senang org nk dptkan sesuatu hasil tu walaupun nampak spt mudah.. siapa2 pun akan marah klu usahanya di ciplak.. inikan pula oleh organisasi besar spt Pos Malaysia...

    ReplyDelete
  7. aik.. pos malaysia yang ada duit juta-juta tu pun nak curik gambar orang gak..

    ReplyDelete
  8. macam la di malaysia ini tiada jurugambar yang mengambil gambar flora dan fauna yang cantik..

    ReplyDelete
  9. Ohh...yang pakai gambar orang tanpa kebenaran ni yeh Raudzah,....takut jugak tu...takut takut kita blogger ni main letak gambar dalam blog pun jadi kontroversi pulak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat