Breaking News

Monday, November 4, 2013

Puasa Sunat Di Bulan Muharram

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,


 http://3.bp.blogspot.com/-Z8qWxXjSjEA/UK3qH0eL_eI/AAAAAAAAGYw/IObG1sXT85g/s1600/puasa_sunat_9_10_muharram_by_zenx6-d34tr1s.png
Puasa Sunat 9 & 10 Muharam (Source)

Puasa Sunat Di Bulan Muharram


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Amalan Puasa Sunat Di Bulan Muharam. Alhamdulillah, hari ini adalah hari pertama kita berada di bulan Muharram. Bulan Muharram adalah merupakan salah satu dari bulan Allah yang diharamkan (Asyhurul hurum), berdasarkan firman Allah Ta'ala:
"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu Menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu," (QS. At-Taubah: 36)  
Seperti bulan-bulan yang lain kita amat dituntut untuk memuliakan bulan ini dengan menunaikan segala amalan yang wajib dan memperbanyakkan amalan sunat seperti solat sunat, zikir, puasa, sedekah & sebagainya untuk mendekatkan diri kita dengan Allah.

Puasa Sunat Hari Asyura


Salah satu amalan sunat yang disebutkan secara khusus pada bulan Muharram adalah Puasa Sunat Hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram. Puasa Asyura’ merupakan kewajiban puasa pertama dalam islam, sebelum Ramadhan. Setelah Allah wajibkan puasa Ramadlan, puasa Asyura’ menjadi puasa sunat. 
Al-Imam at-Tarmizi telah meriwayatkan dari Abu Qutadah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Berpuasa pada hari 'Asyura akan termasuk dalam hintungan Allah bahawa puasa itu akan menutup dosa setahun sebelumnya".
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
Selain daripada puasa hari Asyura kita juga sangat dianjurkan untuk berpuasa pada 9 Muharram, seperti yang telah disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang artinya ;
“Diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma bahwasanya dia berkata, “ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika berpuasa di hari ‘Asyura’ dan memerintahkan manusia untuk berpuasa, para sahabat pun berkata, ‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.’ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berkata, ‘Apabila tahun depan Insya Allah kita akan berpuasa dengan tanggal 9 (Muharram).’ Belum sempat tahun depan tersebut datang, ternyata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meninggal.” ( Muslim : 1134/2666)
 http://blog.innomuslim.com/wp-content/themes/volt/scripts/timthumb.php?src=http://blog.innomuslim.com/wp-content/uploads/2012/11/muharram-1-.gif&w=780&h=339&zc=1&q=100
Puasa Di Bulan Muharram (Source)

Dan jika kita mampu berpuasalah pada setiap hari Isnin dan Khamis sepanjang bulan Muharam kerana Puasa yang utama selepas Ramadhan adalah puasa di Bulan Allah, Muharam.

9 comments:

  1. Selamat menyambut satu muharam 1435 Hijriah sobat.

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing Raudzah ^_^ Sama2 lah kita berpuasa utk dua hari tu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. salam maal hijrah ya..

    ReplyDelete
  4. jom tandakan tarikh tu beramai-ramai best gak puasa ;)

    ReplyDelete
  5. salam maal hijrah raudzah.. perkongsian yang sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  6. Salam Maal Hijrah.. semoga bersama kita semua beroleh keberkatan & kejayaan yg berpanjangan di dunia & akhirat.. aamiin..

    ReplyDelete
  7. terima kasih kak, salam maal hijrah ye

    ReplyDelete
  8. Tinggal niat...pagi2 dah terlupa, terus minum...huhu

    ReplyDelete

Designed By