Segmen - Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

 

Perbuatan berzina adalah satu perbuatan haram dan satu perlakuan yang amat keji dan tergolong dalam kumpulan dosa-dosa besar. Oleh sebab itulah ia dikenakan hukuman yang amat berat. Ia merupakan jenayah yang mencabul maruah, kehormatan dan keturunan seorang Muslim. 

Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (al-Isra’:32)

Akibat Buruk Dan Bahaya Zina:

  • Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
  • Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
  • Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
  • Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah maupun sesama manusia.
  • Tumbuhnya sifat liar di hati pezina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terarah.
  • Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan muak dan tidak dipercaya. 
  • Perzinaan adalah penyebab bencana kepada manusia, mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang menjadi tradisi dan dilakukan secara terang-terangan.

Blogger Malaysia Bantah Ashley Madison.com


Diakhir zaman, manusia tidak lagi segan silu untuk melakukan zina. Malahan ada yang sangat berbangga melakukankannya. Kecanggihan teknologi yang sepatutnya dimanafaat sepenuhnya untuk membendung gejala-gejala maksiat yang menghampiri zina, kini menjadi sebaliknya.
 
Yang terbaru adalah kewujudan sebuah laman web yang mempromosikan budaya hidup berzina, Laman web AshleyMadison. Diberitakan, Pelancaran laman web ini akan dilakukan di Singapura pada pada 17 November 2013 oleh Pengasas laman web ini yang berpangkalan di Kanada. Sila klik Di SINI untuk info lanjut.

Sebagai umat Islam adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyuarakan bantahan secara terang-terangan dengan apa cara sekalipun. Sebagai Blogger salah satu cara untuk menyatakan bantahan kita adalah dengan menyertai segmen yang dianjurkan oleh Blog Hasrulhasan.Com. Semoga usaha yang dilakukan oleh Saudara Hasrul Hassan di berkati Allah.

Dan kita amat berharap pihak SKMM dapat melakukan sesuatu untuk menyekat penyebaran laman web ini. Mereka juga perlu Pro-Aktif untuk meyemak laman web-laman web yang ada yang mengajak umat Islam menghampiri ZINA.

Comments

  1. mudah - mudahan pekerja SKMM " melihatnya " dan melakukan sesuatu demi umta Islam Malaysia ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup harap-harap sangat dia orang lebih sensitif Vee..

      Delete
  2. Sama kita menjadi ''mata'' pihak yang dibutakan oleh tangan-tangan "orang kuat" jika masih tiada tindakan susulan.

    ReplyDelete
  3. melampau betul la..

    ReplyDelete
  4. Semoga usaha kita semua berjaya demi kebaikan agama, msykt & generasi kita semua.. aamiin..

    ReplyDelete
  5. amat marah kalau orang yang buat tak ada akal

    ReplyDelete
  6. bahayanya.. semoga pihak SKMM melakukan sesuatu agar ianya tidak tersebar meluas di malaysia..

    ReplyDelete
  7. kejam.. sungguh tak berperikemanusiaan.. tidakkah die memikirkan tentang generasi akan datang.. sungguh ia memudaratkan..

    ReplyDelete
  8. saya pun ada join segmen ni.. smoga matlamatnya tercapai..

    ReplyDelete
  9. semoga tercapai matlamat...makin lama makin cetek pemikiran segolongan manusia ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat