Suratan Atau Kebetulan
Suratan Atau Kebetulan
Suratan atau Kebetulan!!! Sound like lagu Remy & Matin. Nway dalam hidup kita banyak perkara yang kita lalui yang kadang-kadang berlaku tanpa kita sedar dan kita rancang. Mungkin juga ianya satu kebetulan atau mungkin juga ianya sudah ditakdirkan untuk kita seperti dua kisah yang kita nak kongsi kat sini:
Kebetulan Atau Suratan?
Kisah Pasangan Kembar James
Kisah
pertama berlaku di Britain 40 tahun dahulu apabila sepasang kembar
lelaki telah dijadikan anak angkat oleh dua keluarga yang berlainan
sejurus mereka dilahirkan. 40 tahun kemudian, pasangan kembar
tersebut bertemu semula dan mendapati mereka mempunyai nama yang sama,
James. Mereka juga berkahwin dengan wanita yang bernama Linda dan
masing-masing memiliki seorang anak yang bernama James Alan dan seorang
lagi James Allan. Kedua-dua mereka telah bercerai dengan pasangan
masing-masing dan berkahwin semula dengan seorang wanita yang mempunyai
nama yang sama, Betty. Dan kedua-kedua mereka juga memelihara seekor
anjing yang diberi nama Toy. What a coincidence...
Suratan Aatau Kebetulan?
Suratan Aatau Kebetulan?
Kisah Roger Dan Alice
Kisah Kedua berlaku di AS. Pada hari kejadian, Roger lausier yang berusia 7 tahun, berjalan-jalan bersama ibunya di tepi Pantai Salem. Tiba-tiba berlaku ombak kuat dan beliau telah dihanyutkan ombak deras. Namun beliau yang hampir kelemasan bernasib baik kerana pada ketika itu ada seorang wanita berani yang tidak tahu berenang berjaya menyelamatkannya. Sepuluh tahun kemudian, ketika Roger berakit di Pantai Salem bersama rakan-rakannya beliau terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong kerana suaminya hampir kelemasan. Roger dengan pantas mengayuh rakitnya menghampiri lelaki tersebut dan menyelamatkannya. Setiba di hospital, perempuan itu memperkenalkan dirinya sebagai Alice Blaise. Beliau adalah wanita yang menyelamatkan Roger 10 tahun dahulu. What a coincidence...
Memang ada kejadian macam ni..rasanya ia lebih kepada suratan dari kebetulan kan...
wowwwwww... its like a miracle kannnn
ReplyDeleteKebetulan yang mengejutkan... Jika sudah di takdirkan, segalanya tidak mustahil!
ReplyDeleteeh betol kak.ada yg berlaku mcm ni.keajaiban dari allah tu
ReplyDeleteSuratan Allah yg kita nmpk mcm kebetulan..
ReplyDeletewow is miracle :) Allahuakbar!!
ReplyDeletewow..kuasa Allah..terbaik...
ReplyDeleteWow.. itulah takdir dari Allah yg Maha Kuasa.. :)
ReplyDeletemenakjubkan.. takdir Allah yang menentukan segalanya..
ReplyDelete