Suratan Atau Kebetulan

Suratan Atau Kebetulan


Suratan atau Kebetulan!!! Sound like lagu Remy & Matin. Nway dalam hidup kita banyak perkara yang kita lalui yang kadang-kadang berlaku tanpa kita sedar dan kita rancang. Mungkin juga ianya satu kebetulan atau mungkin juga ianya sudah ditakdirkan untuk kita seperti dua kisah yang kita nak kongsi kat sini:

Kebetulan Atau Suratan?

Kisah Pasangan Kembar James


Kisah pertama berlaku di Britain 40 tahun dahulu apabila sepasang kembar lelaki telah dijadikan anak angkat oleh dua keluarga yang berlainan sejurus mereka dilahirkan. 40 tahun kemudian, pasangan kembar tersebut bertemu semula dan mendapati mereka mempunyai nama yang sama, James. Mereka juga berkahwin dengan wanita yang bernama Linda dan masing-masing memiliki seorang anak yang bernama James Alan dan seorang lagi James Allan. Kedua-dua mereka telah bercerai dengan pasangan masing-masing dan berkahwin semula dengan seorang wanita yang mempunyai nama yang sama, Betty. Dan kedua-kedua mereka juga memelihara seekor anjing yang diberi nama Toy. What a coincidence...

https://webspace.utexas.edu/cokerwr/www/index.html/coincidence1.jpg 
Suratan Aatau Kebetulan?

Kisah Roger Dan Alice


Kisah Kedua berlaku di AS. Pada hari kejadian, Roger lausier yang berusia 7 tahun, berjalan-jalan bersama ibunya di tepi Pantai Salem. Tiba-tiba berlaku ombak kuat dan beliau telah dihanyutkan ombak deras. Namun beliau yang hampir kelemasan bernasib baik kerana pada ketika itu ada seorang wanita berani yang tidak tahu berenang berjaya menyelamatkannya. Sepuluh tahun kemudian, ketika Roger berakit di Pantai Salem bersama rakan-rakannya beliau terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong kerana suaminya hampir kelemasan. Roger dengan pantas mengayuh rakitnya menghampiri lelaki tersebut dan menyelamatkannya. Setiba di hospital, perempuan itu memperkenalkan dirinya sebagai Alice Blaise. Beliau adalah wanita yang menyelamatkan Roger 10 tahun dahulu. What a coincidence...

Memang ada kejadian macam ni..rasanya ia lebih kepada suratan dari kebetulan kan... 

Comments

  1. wowwwwww... its like a miracle kannnn

    ReplyDelete
  2. Kebetulan yang mengejutkan... Jika sudah di takdirkan, segalanya tidak mustahil!

    ReplyDelete
  3. eh betol kak.ada yg berlaku mcm ni.keajaiban dari allah tu

    ReplyDelete
  4. Suratan Allah yg kita nmpk mcm kebetulan..

    ReplyDelete
  5. wow..kuasa Allah..terbaik...

    ReplyDelete
  6. Wow.. itulah takdir dari Allah yg Maha Kuasa.. :)

    ReplyDelete
  7. menakjubkan.. takdir Allah yang menentukan segalanya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat