Syanei & Brian Nyaris Terkeluar Di Episod Penyingkiran

Photo: Tahniah. tiada penyingkiran malam ini. Tahniah. #MasterchefMYALLSTARS 
6 Peserta Pusingan Penyingkiran

Masterchef Malaysia All Star : Episod penyingkiran


Episod penyingkiran yang pertama untuk Progam Masterchef Malaysia All star berlansung malam tadi. Seramai enam peserta telah memasuki pusingan penyingkiran. Dalam tugas kali ini, mereka terpaksa menyediakan hidangan yang berasaskan santan. Bermula dengan membelah dan memarut kelapa secara tradisional, mereka diperuntukkan masa 90 minit untuk menyediakan juadah yang menggunakan santan sebagai bahan asas. 

Antara juadah yang disediakan oleh peserta adalah:
Photo: Masakan Along terselamat. Tahniah. #MasterchefMYALLSTARS 
Masakan Along
Photo: Hidangan dari Syanie. apa komen anda? #MasterchefMYALLSTARS 
Masakan Syanie
 Photo: Hidangan dari Aznie. 'Santan terlalu lemak'. kata Chef. #MasterchefMYALLSTARS 
Masakan Azni
 Photo: Hidangan dari Brian Chen. nampak lazat. apa komen anda? #MasterchefMYALLSTARS 
Masakan Brian
 Photo: Hidangan dari Azlina. 'Penggunaan santan nampak agak ketara' kata chef. komen anda? #MasterchefMYALLSTARS 
Masakan Azlina
 Photo: Hidangan dari Shahora. kata Chef Papa Joe hidangan yang menarik. komen anda? #MasterchefMYALLSTARS 
Masakan Shahora

Peserta Markah Terendah


Dua yang mendapat markah terendah adalah Syanie dan Brian. Walaubagaimanapun mereka bernasib baik apabila ketiga-tiga juri bersepakat bahawa tiada penyingkiran untuk pusingan pertama. Kesemua 20 peserta akan bertarung di dalam Cabaran Luar pada malam ini di Astro Ria 104 dan Maya HD 135. Kumpulan Biru bakal diketuai oleh Celina, manakala kumpulan Merah diketuai oleh Syahriah. 

1. Rahsia Blogger Malaysia
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni

Comments

  1. menarik masterchef Malaysia All Star ni...

    ReplyDelete
  2. masakan semuanya sejemput je... -hehe

    ReplyDelete
  3. WAHH BARU TAHU ADA PLAK ALL STAR :) TERIMA KASIH INFONYA :)

    ReplyDelete
  4. simple dan sedap uh...

    ps/tabung chup dua kali

    ReplyDelete
  5. kalau suruh saya parut kelapa tu...
    eeermm mmg tak la kot,hihi

    ReplyDelete
  6. tak pernah tengok lagi season yg baru ni..

    ReplyDelete
  7. belum sempat lagi nak menonton..mesti menarik kan

    ReplyDelete
  8. Nasib baik.. kena usaha lebih lagi lepas ni utk mengelak disingkir..

    ReplyDelete
  9. nampak sedap juga hasil masakan semua peserta..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat