Terbaru : Pengawal Keselamatan Merompak Kedai Emas

 Big thumb db5b
  Kedai Emas Yang Di Rompak

Pengawal Keselamatan Merompak Kedai Emas

Nampak gayanya kes pengawal keselamatan merompak kini semakin serius. Belum pun reda, kes pengawal keselamatan menembak kakitangan Ambank yang sebelum ni hangat diperkatakan, kini ada kes terbaru yang turut melibatkan pengawal keselamatan. Dan yang menjadi lebih serius, Pengawal Keselamatan tersebut juga dikatakan berasal dari sabah. Cuma yang berbeza, kalau sebelum ni yang dirompak adalah Bank, kini yang dirompak adalah kedai Emas.

 Big thumb 102f
 Siasatan Di Tempat Kejadian

Pengawal Keselamatan Menggunakan IC Palsu?


Dalam kejadian terbaru yang berlaku pada pukul 9.00 pagi semalam di sebuah kedai emas di Setapak, Pengawal Keselamatan yang sentiasa kelihatan ceria dan mesra tiba-tiba mengacukan pistol kepada Pengurus Cawangan sambil menyatakan yang beliau mahukan barang-barang kemas yang tersusun di counter. Beliau turut memberi amaran kepada pengurus tersebut supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan dan mengarahkan semua kakitangan lain mencangkung dilantai sebelum beliau merampas barangan kemas tersebut dan berlalu pergi.

Pengawal Keselamatan tersebut yang dikenali sebagai "Hikman" berumur 23 tahun dan berasal dari Sabah. Beliau sudah bekerja di kedai tersebut selama dua bulan. Kini persoalan timbul, apakah beliau juga menggunakan IC Palsu. Dan adakah beliau juga mempunyai facebook? Sesuatu yang belum pasti, tapi yang sangat pasti beliau kini berada di luar sana dan mempunyai Pumb Gun. Keadaan yang sangat merbahaya kepada semua rakyat malaysia!!!!!
 

Source

Comments

  1. allahuakbar.. dugaan datang lagi. kena lebih berhati2 dgn securty guard.

    ReplyDelete
  2. harapkan pagar pagar makan padi

    ReplyDelete
  3. sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga nanti

    ReplyDelete
  4. Semoga Secepatnya dapat diseret keranah Hukum...

    ReplyDelete
  5. tak habis lagi ke...huhu....
    memang sengaja nak kaitkan dengan orang borneo kan...huhu
    kerana nila setitik rosak susu satu belanga..

    ReplyDelete
  6. harap polis dpt kesan cepat . merbahaya pada org awam ...

    ReplyDelete
  7. ye la..nanti mulalah ada mulut2 mengata sesedap rasa...sediyh..

    ReplyDelete
  8. risau pulak bila dgr kes pengawal ni..

    ReplyDelete
  9. muda lagikan..hm sbar jelah dgn jenayah berlaku kt Malaysia ni, ape kata tukar sistem perundangan guna hukum hudud pula, pasti kejadian mcm ni xberlaku, orang pasti tkut

    ReplyDelete
  10. Kalau terjadi sekali...mesti berulang kali isu yg sama akan berlaku...

    ReplyDelete
  11. harapkan pagar ,pagar makan padi..

    p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]

    ReplyDelete
  12. pengawal keselamatan sepatutnya melindungi kita.. sebaliknya mereka pula yang menakutkan kita..

    ReplyDelete
  13. bahaya ambil pekerja macam beli baju

    ReplyDelete
  14. xtau nak percaya siapa dah kan kalau camni

    ReplyDelete
  15. Kejadian mcm ni mmg sgt menakutkan.. astagfirullah.. mohon dijauhkan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat