Terbaru : Pengawal Keselamatan Merompak Kedai Emas
Kedai Emas Yang Di Rompak
Pengawal Keselamatan Merompak Kedai Emas
Nampak gayanya kes pengawal keselamatan merompak kini semakin serius. Belum pun reda, kes pengawal keselamatan menembak kakitangan Ambank yang sebelum ni hangat diperkatakan, kini ada kes terbaru yang turut melibatkan pengawal keselamatan. Dan yang menjadi lebih serius, Pengawal Keselamatan tersebut juga dikatakan berasal dari sabah. Cuma yang berbeza, kalau sebelum ni yang dirompak adalah Bank, kini yang dirompak adalah kedai Emas.
Siasatan Di Tempat Kejadian
Pengawal Keselamatan Menggunakan IC Palsu?
Dalam kejadian terbaru yang berlaku pada pukul 9.00 pagi semalam di sebuah kedai emas di Setapak, Pengawal Keselamatan yang sentiasa kelihatan ceria dan mesra tiba-tiba mengacukan pistol kepada Pengurus Cawangan sambil menyatakan yang beliau mahukan barang-barang kemas yang tersusun di counter. Beliau turut memberi amaran kepada pengurus tersebut supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan dan mengarahkan semua kakitangan lain mencangkung dilantai sebelum beliau merampas barangan kemas tersebut dan berlalu pergi.
Pengawal Keselamatan tersebut yang dikenali sebagai "Hikman" berumur 23 tahun dan berasal dari Sabah. Beliau sudah bekerja di kedai tersebut selama dua bulan. Kini persoalan timbul, apakah beliau juga menggunakan IC Palsu. Dan adakah beliau juga mempunyai facebook? Sesuatu yang belum pasti, tapi yang sangat pasti beliau kini berada di luar sana dan mempunyai Pumb Gun. Keadaan yang sangat merbahaya kepada semua rakyat malaysia!!!!!
Source
allahuakbar.. dugaan datang lagi. kena lebih berhati2 dgn securty guard.
ReplyDeleteYup kena be careful Nurul..
Deleteharapkan pagar pagar makan padi
ReplyDeleteItu yang merisaukan Liza..
Deletesangat bahaya!!!!!!!
ReplyDeleteExactly Dhia..
Deletesepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga nanti
ReplyDeleteHarp-harap macam tu Fae..
DeleteSemoga Secepatnya dapat diseret keranah Hukum...
ReplyDeleteDoakan Aully
Deleteya ALLAH :( semoga cepat di tangkap
ReplyDeletetak habis lagi ke...huhu....
ReplyDeletememang sengaja nak kaitkan dengan orang borneo kan...huhu
kerana nila setitik rosak susu satu belanga..
harap polis dpt kesan cepat . merbahaya pada org awam ...
ReplyDeleteye la..nanti mulalah ada mulut2 mengata sesedap rasa...sediyh..
ReplyDeleterisau pulak bila dgr kes pengawal ni..
ReplyDeletemuda lagikan..hm sbar jelah dgn jenayah berlaku kt Malaysia ni, ape kata tukar sistem perundangan guna hukum hudud pula, pasti kejadian mcm ni xberlaku, orang pasti tkut
ReplyDeleteKalau terjadi sekali...mesti berulang kali isu yg sama akan berlaku...
ReplyDeleteharapkan pagar ,pagar makan padi..
ReplyDeletep/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]
pengawal keselamatan sepatutnya melindungi kita.. sebaliknya mereka pula yang menakutkan kita..
ReplyDeletebahaya ambil pekerja macam beli baju
ReplyDeletextau nak percaya siapa dah kan kalau camni
ReplyDeleteKejadian mcm ni mmg sgt menakutkan.. astagfirullah.. mohon dijauhkan..
ReplyDelete