Terima Balasan Allah Sekelip Mata

Salam Jumaat & Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGIVVVCwqgqojguVMGUUCg0ZQWIW3Uyd5Gf3P3H4zM-eOED_nW9oldaJRRuC6lXKFMAyWXfP05uTm_3bPEJ7ijNK2YuMJKkhnOP9eiZj0QysWvvhNaXn4L1PG9-S75d26CDaI3Cczb9erv/s1600/420334_338440806194236_217613051610346_954900_587409105_n.jpg
Tidak Beriman Sesesorang Kamu, Sehingga Dia Mencintai Saudaranya Sama Seperti 
Dia Mencintai Dirinya Sendiri (Riwayat Abu Hamzah)

Terima Balasan Allah Sekelip Mata


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai kisah manusia yang hatinya lalai dan menerima balasan dari Allah dalam sekelip mata. 

Kisah ini berlaku di Australia. Pada hari kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilihat mandi-manda di sebuah kolam renang di sebuah Hotel. Beberapa ketika kemudian, kedengaran suara meminta tolong. Jeritan meminta tolong itu jelas didengari oleh seorang lelaki yang berada tidak jauh dari kolam tersebut. Namun beliau hanya memerhatikan sahaja kanak-kanak itu tenggelam timbul dari tingkap hotelnya. Perasaannya langsung tidak tersentuh untuk membantu. Hati kecilnya berbisik, "Itu Bukan Masalah Aku.. Bukan Anak Aku Pun....". Rasa kemanusiaannya terlau rendah.

Allah itu maha Besar. Lima belas minit kemudian lelaki tersebut menerima panggilan dari pihak hotel mengatakan anaknya ditemui mati lemas dalam kolam mandi. Beliau jatuh pengsan. Setelah sedar beliau dapat merasakan itu adalah balasan yang diterima disebabkan sikapnya yang sombong dan mementingkan diri. Hati kecilnya berkata, jika dia turun membantu kanak-kanak tadi, pasti anaknya masih boleh diselamatkan.

Kesimpulannya kisah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kadang-kadang ada diantara kita yang tangan dan kakinya begitu berat untuk membantu orang lain yang dianggap tiada kepentingan dalam hidupnya. Bantuannya hanya untuk yang terpilih. Semoga kita bukan salah seorang daripada mereka. Ingatlah:
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya." (Hadis Riwayat Muslim)
Jom sama-sama kita muhasabah diri. Ringankan tangan dan kaki untuk membantu mereka-mereka yang dalam kesusahan. Tidak kira siapa mereka. Jika kita tidak mampu bantu dengan kudrat dan wang ringgit, cukuplah melalui doa. Balasan Allah pasti ada untuk kita.

Comments

  1. Yelah Raudzah.....kadang ni kita terlupakan bagaimana rasanya kalau kita sendiri yg betul betul memerlukan bantuan macam mereka.... moga ada rasa belas dalam jiwa kita ni....

    ReplyDelete
  2. ya..cukup menginsafkan cerita ini..

    p/s: Salam blogwalking dari admin kakiblog

    ReplyDelete
  3. salam jumaat raudzhah..memberi maksud yg mendalam..kite kene ingt segala yg ada pada kite skg hnya sekadar pinjaman sementara je,satu hari nnti die akan amik balik segala hak milik diee..

    ReplyDelete
  4. kdang2 orang buat tak tahu je tgk org lain susah.

    ReplyDelete
  5. moga cerita di atas ni menjadi iktibar utk semua ^_^

    ReplyDelete
  6. Assalam
    Terima kasih . Perkongsian yang mendidik.

    ReplyDelete
  7. fa singgah sini. salam jumaat kak :) btw good entry.

    ReplyDelete
  8. Subhanallah.. peringatan yg baik buat sesama insan..

    ReplyDelete
  9. beringat sebelum kena..tqvm sis..

    ReplyDelete
  10. thx for sharing raudzah..peringatan tuk diri supaya membantu sesama kita

    ReplyDelete
  11. semoga kita mengambil ikhtibar dari kisah ini.. jangan mementingkan diri sendiri..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat