3 Hari, 3 Saat, 3 Nafas

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

http://i392.photobucket.com/albums/pp10/ayiipz/bth_Koleksi-Doa-Doa-Penawar-Dari-Hadis-Nabi.jpg
Taubat Sebelum terlambat (Source)
 
3 Hari, 3 Saat, 3 Nafas, adalah sebuah kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi dengan semua pembaca-pembaca Blog Santai hari ni. Kisah ini adalah pesanan dari Nabi Isa A.S.

3 Hari, 3 Saat, 3 Nafas


Nabi Isa A.S. berkata: Dunia ini hanya 3 Hari:

1. Ya itu hari yang telah berlalu (kelmarin) maka tidak ada lagi di tanganmu kesempatan sedikitpun dari hari yang telah berlalu.

2. Dan hari esok yang mana kamu tidak dapat mengetahui sama ada kamu akan menemuinya atau pun tidak

3. Dan hari waktu dimana kamu berada didalamnya. Oleh itu pergunakanlah ia sebaiknya.

Dunia juga ada 3 Saat:


1. Saat yang telah berlalu.

2. Saat yang kamu tidak akan tahu sama ada kamu akan menemuinya atau pun tidak.

3. Saat yang mana kamu berada didalamnya. Oleh itu pergunakanlah ia sebaiknya kerana kamu tidak memiliki kecuali satu saat sahaja, sebab mati itu dari satu saat ke saat yang lain.

Dunia juga ada 3 Nafas:


1. Nafas yang telah berlalu, yang mana kamu telah menyelesaikan pekerjaan di dalamnya.

2.Nafas yang kamu tidak akan dapat tahu sama ada kamu akan menemuinya atau pun tidak.

3.Nafas yang mana kamu berada di dalamnya. Sesungguhnya kamu tidak memiliki kecuali satu nafas sahaja dan tidak satu hari atau satu saat. Oleh itu hendaklah kamu bercepat-cepat menggunakan nafas yang satu ini untuk bertaat sebelum hilangnya kesempatanmu dan taubatlah sebelum kamu mati. Maka mudah-mudahan matimu berada dalam nafas yang kedua ini. Dan seutama amal adalah menjaga segala waktu ketika masih bernafas, maka sesungguhnya orang yang mensia-siakan waktu beerti dia telah mensia-siakan umurnya.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam. 

Comments

  1. perkongsian yg baik. Rauzhah peminat setia Motivasi pagi ker? banyak share psl nie. semoga kita sring beringat yg kta cuma ada 3 nafas, 3 saat,3 hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita suka baca kisah-kisah peringatan ni Tieka coz ia mnejadi motivasi kepada kita untuk menjadi lebih baik..

      Delete
  2. thanks zah for sharing..peringatan utk diri sendiri jugak ;)

    ReplyDelete
  3. sama-sama lah kita mempergunakan masa yang ada sebaik yg mungkin ^_^

    ReplyDelete
  4. takut jgk dengan hari yang akan datang tu.. tak tau lah nnti macam mana :)
    tenkiu.. nice sharing buat muhasabh pagi2

    ReplyDelete
  5. insyaallah selagi saya masih bernafas akan cuba
    memperbaiki diri ke jln nan satu....
    mempercayai Allah Swt malaikat dan rasul2nya....

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang baik untuk diri ini... :)

    ReplyDelete
  7. nice sharing . boleh memotivasikan diri .

    ReplyDelete
  8. Hargai dan pergunakanlah masa yang diberikan dengan sebaiknya...
    Thanks 4 peringatan...

    ReplyDelete
  9. hargai kehidupan ini..

    ReplyDelete
  10. info yg sgt menarik...thx raudzah..

    ReplyDelete
  11. terima kasih mengingatkan..mudah-mudahan kita lebih menghargai masa lepas ni :)

    ReplyDelete
  12. perkongsian yang bermanfaat raudzah..

    ReplyDelete
  13. Subhanallah. info peringatan yg baik, kdg2 ramai dari kita yg tidak menyedari...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat