Breaking News

Thursday, December 26, 2013

4 Rahsia Solat Subuh

http://hargaiwaktu.com/wp-content/uploads/2012/07/solat.bmp
Rahsia Solat Subuh

Solat Subuh


Solat subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya. Namun, solat inilah yang menjadi petunjuk tahap iman seseorang. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. memberi perhatian khusus sekaligus hukuman yang berat pada mereka yang meninggalkannya, seperti sabdanya:
“Barang siapa yang melaksanakan solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah, maka jangan sampai Allah menarik kembali jaminan-Nya dengan sebab apa pun. Jika Allah cabut jaminan-Nya darinya dengan sebab apa pun, pasti akan tercabut. Kemudian Allah akan telungkupkan wajahnya dalam neraka jahannam.” (HR.Muslim)
Hadis menjelaskan bahawa Allah Taala akan memberi perlindungan bagi mereka yang menunaikan solat subuh dan perlindungan dari Allah adalah sebesar-sebesar lindungan.

4 Rahsia Solat Subuh


Solat subuh mempunyai rahsia yang tersendiri. Antaranya:

1.  Solat Subuh Mengoptimakan Metabolism


Udara sepertiga akhir malam amat kaya dengan oksigen atau masih belum tercemar. Bangun pagi-pagi dan menyedut udara subuh amat bermanafaat untuk mengoptimakan metabolism tubuh. Ini akan memberikan kesegaran kepada tubuh seseorang untuk melakukan aktiviti. Mereka yang solat subuh akan lebih bersemangat untuk memulakan hari baru mereka berbanding mereka yang tidak bangun untuk menunaikan solat subuh. Mereka ini selalunya lebih malas dan kurang bersemangat untuk memulakan hari baru mereka.

2. Solat Subuh Melancarkan Peredaran Darah


Solat subuh boleh menjadi terapi kepada pelbagai penyakit kerana ianya akan melancarkan peredaran darah setelah kita tidur untuk beberapa jam. Bahkan mereka yang berjalan ke masjid ternyata boleh mempertingkatkan daya ketahanan tubuh serta meningkatkan kemampuan otak.

3. Solat Subuh Memperbaiki Fungsi Jantung


Mengikut kajian, serangan jantung sebahagian besarnya bermula pada pukul 6 pagi sehingga pukul 12 tengahari. Ini berlaku kerana pada waktu ini berlaku perubahan pada sitem saraf tubuh. Jika kita mulakan hari kita dengan solat subuh, In Shaa Allah fungsi jantung kita akan menjadi lebih baik kerana kedudukan dalam sujud merupakan ketika paling yang paling baik untuk jantung berfungsi kerana posisi sujud dalam solat merangsang kadar denyutan jantung. Nilai kadar denyutan jantung nominal semasa sujud baik untuk kesihatan jantung khususnya dan kesihatan badan secara keseluruhannya. Ia juga memanjangkan hayat jantung serta dapat menghindarkan pengecilan salur-salur darah yang membawa penyakit kepada arteriosklerosis.

4. Solat Subuh Meningkatkan Rezeki


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah rezeki dan juga komunikasi. 


Pernah suatu ketika Nabi SAW solat subuh, dan apabila selesai, beliau pun kembali ke rumah dan mendapati puterinya Fathimah ra sedang tidur. Maka beliau pun membalikkan tubuh Fatimah dengan kaki beliau, dan mengatakan kepadanya :
“Hai Fathimah, bangun dan saksikanlah rezeki Rabb-mu karena Allah akan membahagi-bahagikan rezeki kepada hambanya antara shalat subuh dan terbitnya matahari.”

18 comments:

  1. selamat pagi kak... salam jumaat..
    perkongsian yang hebat..

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah..saling ingat-mengingati.. terima kasih ditas info.. :-)

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat. Banyak kelebihan solat subuh tapi ramai juga yg tak dapat mendirikannya. Moga ramai yg dapat melaksankannya lepas ni :)

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat Raudzah.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki & diberkati.. aamiin

    ReplyDelete
  5. solat subuh kena jaga betul2...dan kalau boleh lepas subuh jgn tidur...

    ReplyDelete
  6. Salam jumaat. Moga kita rebutnya bersama-sama.

    ReplyDelete
  7. sangat bermanfaat..semoga kita tidak melalaikan solat subuh..

    ReplyDelete
  8. sangat bermanfaat perkongsian ini.. ramai yang liat untuk bangun solat subuh sehingga ada yang terbabas ketika di hujung minggu..

    ReplyDelete
  9. Asar dan Subuh byk kelebihannya..sbb tu juga hnya org yg kuat iman mental dan fizikal mmp buat dua solat ni dlm waktunya...

    ReplyDelete
  10. nice sharing Raudzah, kta hari tu pulak share khasiat sujud, untungnya kta jd org Islam ne kan..solat kta pun mempegaruhi kesihatan dan rejeki :)

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kerana berkongsi informasi ini. Solat yang memberati orang munafik. Ya Allah...mohon dihindarkan dari sifat munafik dalam diri ini. Amenn...

    ReplyDelete

  12. تعد الاخلاص افضل شركة تنظيف ومكافحة حشرات بالطائف فهى تقدم افضل الخدمات وباقل الاسعار لانها تتميز بانها افضل :
    افضل شركة رش مبيدات بالطائف
    افضل شركة مكافحة حشرات بالطائف
    افضل شركة تنظيف خزانات بالطائف
    افضل شركة تنظيف بالطائف
    افضل شركة تسليك مجاري بالطائف
    افضل شركة عزل اسطح بالطائف
    افضل شركة تنظيف منازل بالطائف
    افضل شركة نقل عفش بالطائف
    افضل شركة تنظيف مجالس بالطائف
    ________
    شركة عزل خزانات بالطائف
    ______________

    نستخدم افضل المبيدات في عمليات الرش للقضاء النهائي على الحشرات بجميع انواعها ونوفر عدة خدمات تنظيف اخرى فدوما يمكنك الاتصال بنا للحصول على افضل الخدمات وباسعار مناسبة
    شركة رش مبيدات بالرياض
    افضل شركة تنظيف خزانات بالرياض
    شركة عزل اسطح بالرياض
    افضل شركة تنظيف بالخرج
    شركة نقل اثاث بالخرج

    ReplyDelete

Designed By