Breaking News

Sunday, December 15, 2013

5 Stesen Keretapi Paling Klasik Di Dunia


 
Stesen Zoloti Vorota - Kiev, Ukraine  

Stesen Keretapi Paling Klasik Di Dunia


Stesen keretapi di Moscow mendominasi stesen-stesen keretapi bawah tanah yang paling klasik di dunia. Ianya bukan sahaja cantik malah kelihatan begitu klasik. Kita belum pernah menjejaki kaki ke Moscow tapi kalau ditengok dalam gambar ni kita dapat rasakan sesiapa sahaja yang berada di sana mesti kagum dengan hiasan dalaman di stesen-stesen keretapi bawah tanah ni, kerana ianya mirip sebuah Art Museum. Antara yang paling menarik adalah, Stesen Elektrozavodskaya, Stesen Kiyevskaya, Stesen Kirovsky Zavod di Moscow, Russia.  

Stesen Elektrozavodskaya, Moscow, Russia

Elektrozavodskaya adalah sebuah stesen keretapi bawah tanah yang paling hebat dari segi sistem. Stesen yang dibuka pada 15 Mei 1944 semasa Perang Dunia Kedua ini adalah salah satu simbol ikonik yang terkenal dengan hiasan seni bina ilham daripada dua arkitek terkenal, Vladimir Schuko dan Vladimir Gelfreich.
 
Big thumb 3558 
Stesen Kiyevskaya - Koltsevaya Line Hall, Moscow, Russia 
 
Kiyevskaya adalah juga salah sebuah stesen keretapi bawah tanah yang terkenal dengan hiasan dalamannya. Reka bentuk hiasan dalaman untuk stesen itu dipilih melalui satu pertandingan terbuka yang diadakan di Ukraine. Karya yang dikemukakan oleh pasukan EI Katonin, VK Skugarev, dan GE Golubev telah diilih sebagai pemenang.

 
Big thumb b010 
Stesen Kirovsky Zavod - St. Petersburg, Russia 

The Saint Petersburg adalah sebuah lagi stesen metro yang dibuka sejak November 15, 1955. Hiasan dalamnnya mempamerkan banyak reka bentuk Soviet yang menjadikannya salah satu stesen metro paling menarik dan elegan di dunia. Stesen ini menawarkan khidmat kepada hampir 2.15 juta penumpang setiap hari. Ia juga adalah merupakan sistem metro yang ke-16 paling sibuk di dunia.

 
Slavyansky Bulvar Station - Moscow, Russia

Slavyansky Bulvar adalah sebuah lagi stesen Metro di Moscow yang dibuka pada 7 September 2008. Hiasan dalamannya juga kelihatan begitu cantik dan klasik.

Big thumb 4c74 
Stesen LRT, Kuala Lumpur  

Kalau dilihat pada gambar di atas, ianya begitu jauh berbeza dengan stesen LRT di Malaysia. Hiasan dalaman kita lebih simple dan moden. Elemen klasik sememangnya tak wujudlah. 

14 comments:

Designed By