Amaran Ribut Petir Dan Angin Kencang

http://i605.photobucket.com/albums/tt138/ronin5372/badweather.jpg
Amaran Laut Bergelora

Amaran Ribut Petir Dan Angin Kencang 


Amaran Ribut Petir Dan Angin Kencang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, bagi kebanyakan kawasan di perairan pantai Malaysia.

Bagi penduduk-penduduk di kawasan perairan Sarawak, Labuan dan pantai barat Sabah, ribut petir yang melanda sekarang dijangka berterusan sehingga lewat petang. Ribut petir ini boleh mengakibatkan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter. 

Manakala angin kencang dan laut bergelora yang sedang melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur pula dijangka berterusan sehingga 31 Disember.

Semua penduduk dikawasan yang terlibat dinasihatkan supaya berhati-hati dan seboleh-bolehnya menjauhi perairan pantai jika tidak ada keperluan yang mendesak.

 http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/12/banjir15.jpg
Amaran Gelombang Kedua Banjir

Amaran Gelombang Kedua Banjir


Dalam kenyataan yang berlainan, Jabatan Meteorologi Pahang juga turut memberi amaran kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Dis. Dalam tempoh tersebut fenomena air pasang akan berlaku yang pada kebiasaannya boleh menyebabkan banjir. Kelajuan angin diramalkan bertiup sejauh 50 hingga 60 kilometer sejam yang mungkin mengakibatkan taburan hujan yang lebat di tiga daerah - Kuantan, Pekan dan Rompin.

p/s: Hati-hati semua. Jaga diri dan banyakkan berdoa semoga kita semua dilindungi daripada segala musibah. Aminnn!!!

Comments

  1. memang kat kota angin kuat sekarang ni sis..

    ReplyDelete
  2. semoga tiada kemalangan jiwa yg berlaku.. amin..

    ReplyDelete
  3. semoga tiada lagi gelombang ke dua.. ya ALLAH kuatkan semangat kepada mereka yang di uji oleh mu

    ReplyDelete
  4. jika allah mahukan ianya terjadi , maka jadilah ! berhati2 dan berdoa semoga apa pun yg berlaku , urusan akan jadi mudah ... aaamin .

    ReplyDelete
  5. Semoga mereka di kawasan yg terlibat bersedia dan berhati2. Semoga ianya tidaklah berlaku atau tidak seteruk yg dijangka...amiin.

    ReplyDelete
  6. harapnya tidak ada perkara buruk berlaku

    ReplyDelete
  7. Moga tiada la sebarang perkara yang tidak diingini berlaku...

    ReplyDelete
  8. Semoga semuanya terhindar dari musibah...

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    ReplyDelete
  9. doakan semoganya dalam keadaan yang selamat..

    ReplyDelete
  10. Saya akan ke Pahang esok...semoga semuanya selamat

    ReplyDelete
  11. Mudah2an tiada apa yg memburukkan berlaku lah.. aamiin..

    ReplyDelete
  12. thanx for this kind of info Raudzah, tempat kta sini beberapa hari ni mendung & hujan jer..
    tapi Alhmadulillah, tak teruk sangat lg.. :)

    ReplyDelete
  13. Keadaan inilah yang menyebabkan ikan di tempat saya kurang kerana nelayan tak berani turun ke laut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat