Breaking News

Friday, December 13, 2013

Apabila Mimpi Buruk .....

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

 
Mimpi Buruk (Source)

Apabila Mimpi Buruk


Kisah Motivasi Pagi yang kita ingin kongsi dengan pembaca-pembaca Blog Santai ialah mengenai apa yang perlu lakukan apabila didatangi mimpi buruk. 

Dari Abu Qatadah r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Mimpi yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. manakala mimpi yang buruk itu datangnya dari syaitan. Kalau sesiapa mimpi sesuatu yang dibencinya hendaklah dia meludah ke kiri sebanyak tiga kali. Kemudian berlindunglah kepada Allah S.W.T., nescaya tidak akan datang sesuatu bahaya. Dan jangan menceritakan kepada sesiapa pun. Kalau ada sesiapa yang bermimpi buruk, hendaklah dia gembira dan jangan menceritakan kepada sesiapa kecuali orang yang disayangi".

Tiga Jenis Mimpi


Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Apabila hari kiamat telah dekat, maka jarang mimpi seseorang muslim itu tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi-mimpi yang selalu berkata benar. Dan mimpi seseorang muslim itu adalah sebahagian dari 45 macam wahyu. Mimpi itu ada tiga jenis:

1. Mimpi yang baik adalah khabar suka dari Allah
2. Mimpi yang buruk atau yang menyedihkan datangnya dari syaitan.
3. Dan mimpi yang timbul disebabkan angan-angan atau khayalan seseorang, maka dengan sebab itu jika kamu bermimpi yang tidak menyenangkan kamu, maka bangunlah dan kerjakan solat, dan jangan ceritakan pada sesiapa.

Secara kesimpulannya jika kita bermimpi buruk, maka buatlah seperti yang disuruh oleh Rasulullah S.A.W. Percayalah bahawa setiap kebaikan mahupun keburukan berlaku adalah di atas kehendakNya. Kalau berlaku juga sesuatu yang buruk percayalah pasti ada kebaikan disebaliknya. Jangan putus asa, kerana orang yang putus asa adalah yang jauh dari rahmat Allah S.W.T.

Doa Apabila Mendapat Mimpi Buruk


 http://www.reocities.com/dangkasturi/doa21.gif

SR: Kisah-Kisah Teladan

16 comments:

  1. Alhamdulillah, saya peroleh ilmu lagi dari entri ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tahu pasal ni...kadang2 tu..mimpi buruk pun cerita kat orang...huhu
    Salam Jumaat Raudzah :)

    ReplyDelete
  3. Artikel yang sangat bagus ka, thankyou for sharing

    ReplyDelete
  4. salam jumaat raudzah.. aiza selalu mimpi yang no. 3 tu.. terima kasih dia tas perkongsian ini.. menabung churp2&transitions.. :D

    ReplyDelete
  5. tb slalu jugak kne..tp kebanyakan mimpi slalu g holiday hehehe n kawen dgn artis haha..tggi btol angan2 ;p

    ReplyDelete
  6. sebaiknya tak perlukan apabila bermimpi...

    ReplyDelete
  7. kekdg ada juga dpt mimpi buruk...
    terus bgn dan beristigfar&selawat

    ReplyDelete
  8. salam jumaat, slalu mimpi yg no 3..hehe

    ReplyDelete
  9. salam Jumaat Rauzhah.. nice sharing ..kita kalau mimpi buruk bila tbangun, sentiasa berfikir2 apakah tanda mimpi itu..huhu..kadang2 dpt jgk mimpi indah..heee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tieka..kita pun macam tu..tapi memang tak pernah cerita kat sesiapa..

      Delete
  10. kawan baik noe selalu dpt mimpi buruk...tp dia cerita la kat noe...bila dapat mimpi buruk tu...pasti badan2 dia akan sakit semua...mesti kena pergi jumpa ustaz... hehehe...apa2 pun nice sharing raudzah

    ReplyDelete
  11. terima kasih sis...kathy selalu mimpi banjir besar..huuhuhuhu..

    ReplyDelete
  12. Ada cara/petua ke?... nak selalu dapat mimpi yang baik2 dan indah2... :)

    ReplyDelete
  13. Mimpi yg indah2 ni kdgkala buat malas nk bangun juga.. tp lebih baik mimpi yg indah2 dari yg buruk & menakutkan.. thanks sharing :)

    ReplyDelete

Designed By