Di Ampun Kerana Seruan Azan

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

http://1.bp.blogspot.com/-XEfiqzJOfss/TvaaL2rJ8dI/AAAAAAAAAQw/4DA3-aK24Ro/s1600/azan.jpg
Seruan Azan (Source)

Di Ampun Kerana Seruan Azan, adalah sebuah kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi dengan semua pembaca-pembaca Blog Santai hari ni. Kisah ini adalah mengenai seorang wanita bernama Siti Zubaidah.

Menjawab Seruan Azan


Siti Zubaidah adalah tergolong di dalam golongan orang yang suka pada muzik dan juga tergolong didalam golongan orang yang memiliki harta kekayaan. Beliau telah membina satu tempat khusus untuk berehat, tempat minum dan tempat mendengar muzik dimana beliau mempunyai beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Biarpun begitu meminati muzik, apabila terdengar suara azan, serta merta dia memerintahkan orang-orangnya berhenti sekejap daripada menyanyi sehinggalah selesai azan. Dia kemudian menjawab azan tersebut. Itulah amalan yang dilakukan setiap hari.

Berhenti Berhibur Ketika Azan


Apabila beliau telah meninggal dunia, ramai orang soleh yang bermimpikan beliau. Lalu mereka bertanyakan kepadanya, apakah balasan Allah terhadap beliau. Siti Zubaidah memberitahu bahawa Allah telah mengampunkan segala kesalahannya. Lalu mereka bertanya adakah Allah mengampunkan beliau kerana beliau telah membuat kolam air pada jalan antara Makkah dan Madinah.

Namun siti Zubaidah menjawab, " Tidak bukan amal ibadat itu yang menyebabkan aku mendapat keampunan dari Allah kerana perbuatan kolam air itu bukanlah dari hartaku sendiri tetapi bercampur denagn harta orang kain, maka pahalanya dibahagi-bahagikan diantara semua penderma."

Dosa Diampun Kerana Seruan Azan


Lalu orang soleh bertanya lagi, "Maka ibadah apakah yang menyebabkan engkau mendapat keampunan Allah sedangkan kami ketahui bahawa kamu tiada beramal ibadah selain daripada pembuatan kolam air pada jalan antara Makkah dan Madinah sahaja." 

Jawab Siti Zubaidah "Memang aku tidak banyak beramal ibadah tetapi pada masa hidupku, aku mempunyai satu majlis yang sunyi sebagai tempat berhibur. Dari tempat sunyi itu, apabila terdengar seruan azan oleh Muazzin, maka aku palingkan hatiku dari bermain-main dan bergendang bagi menjawab seruan azan hinggalah seruan azan selesai. Itulah sahaja amalan ku yang sentiasa aku jaga setiap kali berkumandang azan. Sebagai balasannya, Allah mengampunkan segala kesalahan-kesalahanku. Maka apabila malaikat hendak menyiksa aku, Allah berfirman:
"Kamu ditahan dari menyeksanya, jikalau tiada keimanan didalam hatinya, dia tidak akan menyebutKu ketika dia didalam keadaan mabuk."

Kesimpulannya kawan-kawan, jom kita sama-sama Menghormati Azan dan Menjawab seruannya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. 

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.  

Comments

  1. subhanaalah bagus la kisahnya.. moga memberi manfaat buat semua..In Sha Allah lepas ni sma-2 kita hormati seruan azan dan jawab seruannya..:)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.. hormatilah azan...
    inti sini.. :)

    ReplyDelete
  3. ya azan kita hormat.kalau muzik kita suka degar tak akan azan kita suka dan akur sahaja itu kalimah Allah indah.

    kelik dia 2kali sampai lebam heeee

    ReplyDelete
  4. saya hotel sush nak degar waktu azan heee kalau duduk rumah sendri kat ipoh taman permah ada azan tapi bunyi sayup2 jer ...

    ReplyDelete
  5. kena hormat azan....itu juga membolehkan kita akur....

    ReplyDelete
  6. Allah Maha Pengampun lagi maha penyayang... ^_^

    ReplyDelete
  7. kadang2 tu bila azan pon orng buat dono je.
    cuba lah hormati sikit

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..semoga saya akan terus menghormati azan yang berkumandang...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Mendengar seruan azan mengingatkan kita tentang tanggungjawab kita mendirikan solat fardhu. Hati kita perlu diingatkan selalu supaya tidak jauh dari mengingati Allah.

    Done, menabung The Invasion, Affin Bank :-)

    ReplyDelete
  10. touchingnya... kelebihan hormat pada azan...

    ReplyDelete
  11. Azan mengandungi kalimat Agung Allah n Rasulullah s.a.w wajar di hormati..

    ReplyDelete
  12. subhanaAllah..sungguh besar ganjaran menghormati seruan azan..Ya Allah,ampuni hamba MU yang khilaf ini..

    ReplyDelete
  13. terima kasih kerana mengingatkan aiza..

    ReplyDelete
  14. betapa pentingnya kita menghormati azan.. menabung untuk raudzah.. :D

    ReplyDelete
  15. terima kasih kerana mengingatkan :)

    ReplyDelete
  16. subhanallah..Allah maha pengampun dan sayang pada hamba2 nya. dgn hormati Azan saja diampunkan dosa ..nice sharing Raudzhah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat