Di Potong Tangan Kerana Sedekah

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/532100_496035153783477_557470205_n.jpg
Sedekah Dengan Ikhlas Kerana Allah (Source)

Di Potong Tangan Kerana Sedekah, adalah sebuah kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi dengan pembaca-pembaca Blog Santai hari ni. Kisah ini berlaku di khalangan Bani Israel.

Potong Tangan Kerana Sedekah


Alkisahnya pada suatu ketika berlaku kekurangan makanan dikhalangan bani Israel, maka lalulah seorang fakir miskin menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata:"Sedekahlah kamu kepadaku dengan sekeping roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T"

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah seorang anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti panas kepadanya.Sebaik sahaja beliau memberikan roti panas tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu, terus memotong tangan kanan anak gadis beliau hingga putus.

Semenjak dari kejadian tu, Alah S.W.T telah mengubah hidup orang kaya tersebut dengan menarik kembali harta kekayaannnya sehingga beliau menjadi fakir miskin dan akhirnya meninggal dalam keadaan yang sangat hina. Anak gadisnya terpaksa menjadi pengemis mengharapkan bantuan dari rumah ke rumah.

Kahwin Dengan Orang kaya


Suatu hari beliau menghampiri sebuah rumah orang kaya. Ditakdirkan Allah keluar seorang Ibu yang sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa beliau masuk ke rumahnya. Si ibu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan berhajat untuk mengehwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Si gadis bersetuju maka berlansunglah perkahwinan antara mereka. Si jejaka berkenaan tidak mengetahui bahawa gadis itu kudung.

Makan Dengan Tangan Kiri


Pada suatu malam ketika makan malam, si gadis makan dengan tangan kiri. Apabila si suami nampak kelakuan isterinya, beliau terus menasihatkan isterinya supaya makan menggunakan tangan kanan. Biarpun beberapa kali ditegur, si isteri hanya terdiam dan terus makan menggunakan tangan kiri.

Tangan kanan Kembali 


Tiba-tiba si gadis terdengar satu suara yang datang dari balik pintu yang berkata," Keluarkan tanganmu wahai hamba Allah. Sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana kami, maka tidak ada halangan bagi kami memberikan kembali akan tangan kamu itu".

Setelah mendengar suara itu, gadis tersebut mengeluarkan tangan kanannya. Alangkah terkejutnya beliau kerana mendapati tangan kanannya berada didalam keadaan asal. 

Kesimpulannya, setiap apa yang kita lakukan ikhlas kerana Allah pasti ada balasan yang baik menanti kita. Sesungguhnya tiada yang mustahil akan berlaku dengan izin Allah.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam. 

Comments

  1. subhanallah..nice sharing akak :)

    isi tabung nuff :)

    ReplyDelete
  2. besarnyer kekuasaan Allah swt kan !

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. Allah tidak sekali2 menganiaya hamba2nya yg ikhlas..

    ReplyDelete
  4. Pernh baca kisah ni.. Itulah hebatnya sedekah yg ikhlas krna Allah...

    ReplyDelete
  5. allahuakbar.. betapa Allah membalas balasan yang setimpal dengan keihhlasan beliau..

    ReplyDelete
  6. maaf aiza baru singgah.. klik2 tabung nuff raudzah banyak kali.. :D

    ReplyDelete
  7. bersedekahlah dengan seikhlas hati..kerana rezeki yang kita miliki pun datang dariNYA.

    ReplyDelete
  8. Allah itu maha adil...yang penting kita perlu ikhlas hanya kerana Allah

    ReplyDelete
  9. Subhanallah..kisah benar kan ni sis?? kat dunia dah dibalas kebaikkannya..pa lagi kat akhirat yg menanti.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat