Breaking News

Wednesday, December 25, 2013

Rebat Touch n' Go Di Mansuhkan Mulai 2014?

 
Rebat Touch 'n Go Di Mansuhkan?

Rebat Touch 'n Go Di Mansuhkan?


Rebat Touch n' Go bakal dimansuhkan mulai 2014. Hmmm...Baru semalam kita mengingatkan you all untuk menebus Rebat Touch 'n Go dengan segera, hari ni dah ada cerita lain. 

Kalau berdasarkan cerita terbaru, nampak gayanya peluang untuk menebus rebat bagi pengguna Touch ‘n Go bakal berakhir kerana sudah ada kedengaran ada ura-ura bahawa sistem rebat tunai ini bakal dimansuhkan mulai 2014. Hmmm..belum tebus dah tamat ya!!!

Kelemahan Sistem Rebat Tunai


Walau apa pun, Kita percaya bahawa sistem yang diperkenalkan ini banyak kelemahan dari segi perlaksanaan dan juga promosi. Syarat 80 kali guna itu sendiri agak terlalu tinggi. Hanya sebilangan pengguna yang layak mendapatkannya. Adalah lebih baik rebat ini diberi berdasarkan kekerapan. Rebat yang lebih tinggi diberikan kepada mereka yang lebih kerap menggunakannya. Itu adalah lebih adil.

Dari segi promosi juga ianya perlu di perbaiki kerana masih ramai yang tak tahu kewujudan Program Pengguna Kerap 1Malaysia ni walaupun telah diperkenalkan sejak tahun 2011. Sebab itulah RM49j rebat Touch 'n Go masih tidak dituntut pengguna. Bukan satu number yang kecil tu.... 

Kaedah Baru Sistem Rebat


Dan sekiranya pihak pengurusan benar-benar ikhlas untuk membantu dan menggalakkan pengguna menggunakan kad Touch n' Go, adalah lebih baik sistem rebat ini dikaji dan satu kaedah baru yang lebih berkesan diperkenalkan. Keutamaan harus diberikan kepada cara untuk membantu menangani masalah kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi. Yang pasti kadar tol tidak perlu dinaikkan. Tak bagi rebat tunai pun tak apa coz semua orang akan terkesan apabila kadar tol dinaikkan!!!!

p/s: Jika kenyataan pemansuhan ini adalah benar, eloklah sapa-sapa yang belum tebus rebat tu  lakukan sekarang ya!!! 

7. Ramai Yang Suka Buat Ni

18 comments:

  1. Apa?? Dimansuhkan??..eemmm ini boleh mendatangkan marah...:(

    ReplyDelete
  2. uiks..dimansuhkan??program rebat nie merugikan mereka ke???

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Ermm.. baru kelmarin suh husband pi check rebat dia... dah nak kena mansuh...! ciss...

    ReplyDelete
  4. walau tak pernah claim rebate tapi tak patut dimansuhkan.... :(

    ReplyDelete
  5. hmmmm, bg pendapat sya, kalau dah dimansuhkan nak buat cmna kan..tapi alangkah baiknya bajet utk Rebat ni disalurkan kpd benda yg lebih penting..mcm bayar hutang2 kerajaan. jd xpyh la lagi nak naikkan harga barang lg. :)

    ReplyDelete
  6. apa alasan mereka untuk memansuhkan rebat ni?

    ReplyDelete
  7. ta taw nk kata apa sbab takda touch n' Go, jdi mansuh ke tak masuh pun memang tak leh nk tebus..:) hehe

    ReplyDelete
  8. knape nk mansuhkan?aduii xphm btol laa..satu2 mslh mai..bukan menyenangkan tp mkin merumitkan.ape motif?

    ReplyDelete
  9. sat mcm tu sat mcm ni,, boleh bt org pening macam ni

    ReplyDelete
  10. haiya.... baik tak yah kasi tahu kalau nak dimansuhkan. buat marah orang je. :)

    ReplyDelete
  11. xtahu pon ianya wujud..tetiba dah nak di mansuhkan..caitttt out of dated betol aku neh..kehkeh

    ReplyDelete
  12. betui ka... baru plan nk g tebus rebet tu...

    ReplyDelete
  13. nasib baik aiza dah tebus.. adik aiza memang guna kereta berulang-alik ke tempat kerjanya di KL setiap hari melalui 4 tol..

    ReplyDelete
  14. Tol nak naik & rebat dimansuhkan pulak.. dah semakin x mesra dah semuanya dah...

    ReplyDelete

Designed By