Breaking News

Sunday, December 1, 2013

Senangnya Nak Beli Senjata Api

Senjata Api

Mudahnya Nak beli senjata Api. Ada duit antara RM4,000 hingga RM5,000 semua boleh jadi. Semuanya ejen yang uruskan. Mereka-mereka ini adalah ajen-ejen professional yang telah lama melibatkan diri dalam perniagaan senjata api di pekan Sungai Golok, Thailand.

Harga Sepucuk Senjata Api



Sepucuk senjata api jenis 9mm contohnya beharga RM6,500. Walaubagaimanapun, mereka boleh mendapatkannya dengan harga sekitar RM4,500 hingga RM5,000 bagi yang terpakai. Pistol Glock pula ialah salah satu senjata moden yang lebih mahal. Harganya boleh mencecah RM10,000 bagi yang baru, manakala RM7,000 hingga RM7,500 bagi yang terpakai. Senjata api jenis Smith & Wesson semi automatik merupakan senjata api terlaris. Ejen-ejen ni selalunya mendapat keuntungan sekitar RM400 hingga RM500 bagi sepucuk senjata api yang terjual. 

 Peluru Bagaimana?


Menurut ejen-ejen senjata api ni, pembelian pistol dan peluru adalah satu perbuatan yang salah di Thailand. Itulah sebabnya kebanyakan mereka mendapatkannya secara curi-curi. Pembelian peluru adalah lebih mudah berbanding pistol. Harga sekotak peluru mengandungi 50 butir peluru ialah kira-kira RM190.

Kawasan Operasi


Pangkalan Asan Merah di Rantau Panjang dan Pangkalan Kubur di Tumpat Kelantan adalah merupakan dua kawasan utama laluan penyeludup senjata api. 

Kesimpulannya, isu penyeludupan senjata api bukanlah isu yang baru. Ianya boleh dianggap operasi terancang yang sememangnya professional. Ada yang menjadi ejen sepenuh masa dan ada juga yang menjadikannya profession separuh masa untuk mencari duit tambahan. Apa yang pasti tanpa mereka sedar profession mereka ibarat peluru yang dihalakan kearah ribuan rakyat di Malaysia. Dan satu lagi persoalan adalah aktiviti ini bukanlah aktiviti asing. Ramai yang tahu termasuk pihak berkuasa. Tapi kenapa ya..Ia masih berleluasa ya?

19 comments:

  1. tapi mahal jugak yer sebijik 9mm..

    ReplyDelete
  2. bahaya.. bahaya.. nampak je cam aman, tengah makan kat warung tepi jalan pon boleh kena tembak. Adoi

    ReplyDelete
  3. wah mahal juga tu, hehe tapi bila dah nak sgt benda ni senang je dorang nk dapatkan..haishhh moga perkara ni dpt diatasi oleh pihak brkenaan..:)

    ReplyDelete
  4. memang bahaya kerana seolah semakin mudah mendapatkan senjata api

    ReplyDelete
  5. sbb sng tu lah hari de kes tembak menembak...

    ReplyDelete
  6. Mmg merisaukanlah perkara ini sekarang...

    ReplyDelete
  7. tulah, takut lak pulak rasanyer.. maaf lambat ke sini, KA kebusyan lately !

    ReplyDelete
  8. bahayanya.. ianya begitu mudah didapati.. pihak yang berkenaan kena buat sesuatu bagi membendung permasalahan ini.. :(

    ReplyDelete
  9. sbb tu la negara kta tak selamat..tu la yg pelik, mcm mana kes tembak sana sini boleh berlaku..rupanya ada pembekal senjata nih..adoi.

    ReplyDelete
  10. Zaman z selamat kita kena beli lastik dan guli..menjaga keselamatan .pasal bayak mangis yang kurang ajar.bunuh siap bakar zaman ni jadi bila dia gangu dpn rumah kita ramai2 bawak lastik atau terus lastik je .

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...sesiapa yg berminat menjadi penembak profesional specialist glock diinstitut latihan menembak jugra boleg hubungi saya 0182396286

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yusof..institut latihan menembak...hanya satu dimalaysia...nama saya yusof..termasuk latihan tempor

      Delete
  12. kos penghantaran mcm mne?? and pembayaran mcm mne?? mcm mne sy cntct agent?? ad yg tahu?

    ReplyDelete
  13. kos penghantaran mcm mne?? and pembayaran mcm mne?? mcm mne sy cntct agent?? ad yg tahu?

    ReplyDelete

Designed By