5 Rahsia Kuku
Kuku Yang Cantik & Sihat
Rahsia Kuku
Kuku mempunyai banyak rahsia dari segi kesihatan dan juga perwatakan yang mungkin ramai tak tau. Selalunya kita hanya memotong kuku setiap minggu tanpa memerhatikan secara serius apa yang tak kena dengan kuku kita atau adakah terdapat sebarang perubahan pada kuku kita. Antaranya adakah terdapat sebarang bulatan kecil, jalur ataupun warna-warna ganjil dikuku kita.
Antara 5 Rahsia Kuku Adalah:
Kuku yang Kelihatan Pucat
Kuku yang kelihatan pucat mungkin ada kaitan dengan usia seseorang. Kuku mereka yang lebih berusia selalunya lebih pucat. Walaubagaimanapun kuku yang pucat juga mungkin adalah petanda diabetes awal atau penyakit hati yang menyebabkan aliran darah terjejas.
Kuku Yang Nipis Dan Rapuh
Kuku yang nipis dan rapuh mungkin petanda pemiliknya terdedah kepada serangan tiroid. Antara simptom-simptom yang biasa adalah kuku yang rapuh, nipis dan lambat tumbuh.
Kuku Bewarna Biru Pucat
Muka yang berwarna biru pucat adalah satu petunjuk yang jelas bahawa seseorang itu
kekurangan oksigen. Simtom yang sama dialami oleh kuku. Kuku yang bewarna biru pucat bermakna ia kekurangan oksigen. Ia mungkin menunjukkan jangkitan diparu-paru atau masalah vaskular yang dipanggil
Penyakit 'Raynaud', yang merupakan gangguan dalam saluran darah.
Kuku Bergarisan Putih
Garisan putih mendatar yang meliputi keseluruhan kuku boleh menjadi petanda penyakit buah pinggang yang agak kritikal, atau kekurangan protein dan nutrien yang lain.
Kuku Bergarisan Hitam (Source)
Kuku Bergarisan Hitam
Garisan yang bewarna coklat atau hitam di atas katil kuku tidak boleh diabaikan. Ia mungkin petanda awal kepada serangan melanoma, sejenis kanser kulit.
p/s: Kalau you all perasan ada simpton-simtom di atas pada kuku, eloklah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal adalah lebih baik.
p/s: Kalau you all perasan ada simpton-simtom di atas pada kuku, eloklah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal adalah lebih baik.
Wah nice sharing hehe alhamdulillah kuku qila sihat <333
ReplyDeletealhamdulillah kuku nina sihat..
ReplyDeleteDari kuku pun kita bole tahu tahap kesihatan kita kan.. Nice sharing Raudzah :)
ReplyDeleteKawan saya ada kuku garis hitam tu sebab dia jenis tak minum susu dia ckp. Tak tahulah ade kaitan ataupun tak.
ReplyDeleteReally ..boleh gi check tu Amirul..
Deleteha ah puteri pernah terbaca, kita boleh ketahui tahap kesihatan kita hanya dari melihat kuku dan rambut.
ReplyDeleteKalau ada bunga kuku macamne pulak ye...
ReplyDeleteOrang tua kata murah rezeki tu BM..he..he
DeleteThanks sharing.. alhamdulillah, masih berkeadaan sihat..
ReplyDeletethanks for sharing....dok belek2 kuku sendiri pulak ni...hehehe
ReplyDeleteaiza membaca sambil membelek kuku.. alhamdulillah tiada simptom-simptom seperti di atas..
ReplyDeletenice info....kadang2 amalkan juga ni bila clerk patient, tengok kuku dorg, tu salah satu cara diagnos yang simple..tp kdg2 tak seratus peratus boleh pakai... :)
ReplyDelete