7 Kunci Bahagia

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDE8CtBqlH3BZbxqc1Ebkf4JQnHH6uGfqi4dO_ralN9Qi9Cyo2ca8zwK8wyt6DYRoSLPkuhSYvLhZFOzD43FREPgu7nF-EVMIcC8QO_ey3-FeuudNK1lL8bk6rsqIuW8fpfewVSn4Neu0/s1600/HAKIKAT+BAHAGIA.jpg
Kunci Bahagia

Kunci Bahagia


Setiap kita yang dilahirkan ke dunia ini inginkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Jika kunci bahagia itu boleh dibeli dengan senang, pasti ramai yang ingin mendapatkannnya, walaupun mungkin sedikit mahal.

Tapi Allah itu sememangnya adil lagi mengasihani. Kunci bahagia sebenarnya tidak perlukan duit atau modal. Tapi ia perlukan didikan hati. Hanya yang benar-benar menjaga kesucian hati mereka bakal dianugerahkan Allah dengan kebahagiaan. 

7 Kunci yang perlu dimiliki dan dijaga adalah: 

 
1. Janganlah kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah. Ingatlah jika hati kita dekat dengan Allah, pasti kita sentiasa dalam peliharaanNYA.

2. Jangan sesekali kita membenci siapapun walau dia menyakiti hati atau mengambil hak kita. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

3. Hiduplah dalam kesederhanaan. Jangan terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain jika kita tidak mampu. Tak perlu stress kan diri.

4. Sentiasa berbaik sangka sesama manusia. Jangan biarkan perasaan negatif menguasai diri kita.


5. Perbanyaklah memberi walau rezeki kita terbahagi. Ingatlah semakin banyak kita memberi, semakin banyak yang diganti.

6. Tersenyumlah selalu walau diuji dengan pelbagai dugaan. Senyum itu adalah sedekah yang berharga tapi paling senang dilakukan. Ia adalah terapi jiwa. Apabila kita tersenyum mood dalaman kita juga turut bertukar.

7. Jangan berhenti berdoa untuk diri kita, keluarga dan kesejahteraan umat islam di seluruh dunia. Ingatlah Doa itu adalah ibadah dan ia boleh dilakukan dimana sahaja.


Jom sama-sama kita perbaiki diri k..Semoga hidup akan lebih bahagia!!!!

Comments

  1. Sesuatu yang bermanafaat dikongsikan. terima kasih kak..!!

    Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

    ReplyDelete
  2. T.kasih Raudzah...perkongsian yg sgt baik utk manafaat bersama

    ReplyDelete
  3. Kebahagiaan dunia dan akhirat...itulah matlamatnya.
    Jgn sampai terhilang kunci.
    Salam manis dari Relaks Minda

    ReplyDelete
  4. No 1 paling penting. Hehe. Sentiasa positif.

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang sangat bermanfaat :)
    semoga ia dijadikan kunci terbaik sepanjang tahun 2014~~

    ReplyDelete
  6. sangat bermanfaat perkongsian mengenai kunci bahagia ini raudzah.. bersama-sama kita mengamalkannya.. semoga kita menjadi orang yang bahagia.. menabung 2inti&1churp2 untuk raudzah.. :D

    ReplyDelete
  7. moga kita dapat mengamalkannya dan menjadi orang yang bahagia :)

    ReplyDelete
  8. Kbhagiaan semuanya dtg dr hati.. Kalau hati bersih, semua mslh dpt d atasi..

    ReplyDelete
  9. Subhanallah.. kebahagiaan itu satu anugerah.. sentiasalah kita bersyukur dgn sentiasa menjaga kuncinya..

    ReplyDelete
  10. Motivasi pagi ini....tq Raudzah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat