GST Dah Dikenakan Sekarang?

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3j9lUeMEhzSNPcuS2kBAwc6rSe4dqpsHCtj9Up1g45FKBm2jWcOb3bDsPxSTymVdSRL8mXRZiRgZUQkNhOQXcg05meoZYd32G1SPBuvNRtiIOwp4Y2EnUW5LEHu1v4vOv3V7XGoPQftRZ/s1600/GST+Azizi.jpg
 GST 6% Sudah Bermula?

GST Perlu Bayar Sekarang?


Pengguna perlu bayar GST sekarang? Biar betul. Bukan April 2015 ke? Ok jangan panik dulu ya. Sebelum kita menjawab soalan diatas, kita nak recap beberapa fakta mengenai GST.

1. Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015. 
2.  Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada kadar 6%. 
3. Dengan perlaksanaan GST maka kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.

So kembali ke soalan kat atas tu, you all jangan terkejut ya kalau ada yang ternampak GST dimana-mana resit barangan seperti kat bawah ni sekarang:

 
 GST 6%?

Sebenarnya GST yang tertera tersebut adalah accronym kepada Government Sales Tax (Gov Tax) yang dikenakan sekarang. Cukai ini dikenakan oleh pihak penjual/pemberi perkhidmatan bagi pihak kerajaan. Tapi tak semua pembelian/perkhidmatan dikenakan cukai 6% sekarang.

Mengapa GST Di Perkenalkan?


Menurut PM, GST diperkenalkan kerana kerajaan perlukan pendapatan yang mencukupi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua rakyat. Berdasarkan sistem sekarang, hanya terdapat 1.34 juta pekerja daripada 14 juta yang membayar tax. Jadi kerajaan telah hilang sejumlah pendapatan yang tinggi. Untuk memastikan semua pendapatan yang hilang diperolehi, maka kerajaan memperkenalkan GST ke atas hampir kesemua barangan dan perkhidmatan. Ia adalah sistem cukai terbaik yang di pungut melalui pembelian barangan atau penggunaan perkhidmatan untuk memastikan tiada yang terlepas dari membayar cukai.
Thumb 93e1 
Hampir Setiap Barangan Di Kenakan Tax

GST Ke Atas Semua Barangan?


Agak malang bagi kita kerana kalau berdasarkan sistem yang digunapakai sekarang hanya yang benar-benar layak perlu bayar tax. Dan tidak semua barangan yang dikenakan cukai. Kalau berdasarkan apa yang kita baca, tax 6% yang dikenakan sekarang perlu dibayar jika sesebuah perniagaan tersebut memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM2 juta setahun.

Namun setelah GST diimplementasikan, semua orang kena bayar tax. Samaada you all suka atau tak suka, berpendapatan tinggi atau tidak, semuanya kena tax apabila membeli hampir semua keperluan barangan (Kecuali barangan basic) atau menggunakan perkhidmatan (Kecuali perkhimatan dari kerajaan) yang ditawarkan kerana pengecualian RM2 juta mungkin tidak lagi terpakai.

Kesan GST Kepada Pengguna


Itu yang kita faham dari bacaan yang kita buat ya. Kalau ada yang tersilap boleh betulkan ok. Dan nasihat kita pada semua, belajarlah untuk memahami apa itu GST, kerana kita percaya ia akan memberikan kesan lansung yang agak besar kepada kita semua. Selain daripada membayar cukai pendapatan pada kadar 24% setiap bulan, kita juga perlu membayar GST setiap kali membeli barangan atau menggunakan mana-mana perkhidmatan.

Comments

  1. saya pun tak 100% clear pasal GST nie this is good info for me..thanks..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. thanks sharing info nie raudzah...lpeas nie banyak la kena bayar GST..

    ReplyDelete
  3. baru tahu pasal GST ni huhu thanks share :)

    ReplyDelete
  4. hmm...nanti nak msk tandas pun kena GST..hehehehehe..

    ReplyDelete
  5. sebelum ini ada mendengar mengenai GST di dalam pembentangan belanjawan yang lepas.. baru tahu maksudnya secara mendalam selepas membaca entri ini..

    ReplyDelete
  6. thanks raudzah..sebelum ni agak keliru sikit tentang GST tu..sekarang ni lebih faham :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome Puteri..nanti boleh baca kat tempat lain lagikan!!!

      Delete
  7. Nice info..sblum ni mmg dh tahu pasal gst tp ianya lbh difahami bl bc entry raudah neh

    ReplyDelete
  8. puteri isi dua tabung yang sedang menari :)

    ReplyDelete
  9. ohh.. baru faham skrg. tengs ya raudzah. selama ni barang yg dibeli atau dimakan ada juga tp xsemua

    ReplyDelete
  10. GST ni sebenarnya baik utk negara. Cuma keadaan sekarang ni yg tengah huru hara dgn kenaikan yg macam2 lagi nak ditambah pula dgn hal GST. Penjelasan pula agak samar dan buat rakyat lagi serabut... T kasih diatas pencerahan ini Raudzah.
    inti & inti sini.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu khir..tak dinafikan ia sistem cukai yang terbaik. Tapi kita sekarang ni dilanda pelbagai masalhkan. So kalau nak implement sekarang memang tak kena...lagipun gaji di negara kita bukan naik seperti harga barang..Hmmm

      Delete
  11. Sebenarnya kan Raudzah.... dah banyak kali baca padal GST...mula mula baca ingat pas tu dah lupa....tulah baca sambil lalu haha....lepas baca ni insyaallah terus lekat...

    ReplyDelete
  12. Setiap satu perkara tu mmg ada kelebihan dan kekurangannya..

    ReplyDelete
  13. sebenarnye GST ni bgus utk tambah pendapatan negara,tp kn mcm ape yg sekr ni tgk la sane sini harga naik..xde pon turun jadi org jd nampak GST ni salah satu bebanan utk dorg sehingga 6% kne tolak pada setiap pembelian.jadi satu bebanan utk dorg.sepatutnye kerajaan perlu step by step nk ubah semua ni.ape2 pn diharap segala servis runly more better than before la..surve as a good we pay ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat