Breaking News

Saturday, January 4, 2014

Saya Pilih Penjara Kerana Lebih Aman!!!!

http://2.bp.blogspot.com/_ttJax_4whdM/TUNSxbnSMqI/AAAAAAAAAI4/DHrpo_nVwjE/s1600/penjara.jpg 
Pilih Penjara Kerana Lebih Aman

Pilih Penjara Kerana Lebih Aman


Saya pilih penjara kerana lebih aman. Wah ini dah tahap kritikal. Dah terbalik ni!!! Tapi inilah hakikatnya yang berlaku kepada seorang lelaki Tunisia yang ditahan dirumahnya bagi kesalahan yang membabitkan dadah. Kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang suka membebel hingga menyebabkan pergaduhan setiap hari, beliau dengan sengaja melarikan diri dari kediamannya supaya ditangkap polis.

Merayu Untuk Masuk Penjara


Apabila ditangkap, beliau merayu untuk dimasukkan ke penjara bukannya meminta untuk dilepaskan...Hmmm. Betul-betul dah terbalikkan!!! Kerana kesian dengan nasib yang menimpa lelaki tersebut, pihak polis telah menerima permintaannya. Beliau kini di tahan di sebuah penjara daerah di Tuscany.

Sebelum ini seorang lelaki di New Zealand yang menjalani hukuman penahanan dalam rumah juga melakukan perkara yang sama. Sengaja melanggar hukuman untuk membolehkan beliau ke penjara kerana muak dengan Xbox miliknya. Hmmm..macam-macam!!!

p/s: Agak-agaknya ada tak yang berani buat macam ni kat Malaysia. Sengaja buat salah untuk masuk penjara kerana tak tahan dengan kenaikan kos yang tinggi. Kalau dipenjara tak perlu fikir pasal harga minyak, gula, tambang bas sekolah dan macam-macam lagilah!!!! 

22 comments:

  1. lelaki aka suami kena laksanakan tanggungjawab sebagai pencari nafkah .

    ReplyDelete
  2. haha... teringat citer p.ramlee... nk dok hospitafree...

    ReplyDelete
  3. Erk, ada juga yg mcm gini. Tak hargai erti kebebasan lah tu...

    ReplyDelete
  4. setuju sebab kehidupan sekarang perlu ada duit uh...sana mmg dasyatlah mata wnag mereka uh...

    ReplyDelete
  5. curi petang suram 3 ready4work ngheee...

    ReplyDelete
  6. macam-macam perangai orang di serata dunia nie

    ReplyDelete
  7. salam.dya mungkin menghadapi tekanan hidup.tak ade cara lain lalu difikirkn bgitu.syukur hidup di malaysia

    ReplyDelete
  8. tido... makan.. lepak... best tu.... :)

    Hai, Selamat berkenalan. Ini blog baru, kalau sudi jom berkenalan disini : Segmen Suai Kenal Peminat Kopi

    ReplyDelete
  9. Duduk penjari air & makan free.. kelas2 pembelajaran pun free.. mmg sgt baik utk org2 yg rasa diri mereka jahat. Klu boleh pulih, alhamdulillah.. keluar dgn wawasan.. klu x boleh, baik duduk dlm tu je terus.. in shaa Allah.. berterusan baik hingga ke akhir hayat.. :)

    ReplyDelete
  10. Kalau dah segala benda naik dan tak mampu menyara diri, hidup pun bagai terpenjara...baik duduk kat penjara. Segala disediakan

    ReplyDelete
  11. la macam ni pun ada...ha ah mungkin nanti ada juga dari Malaysia kan..hehe

    ReplyDelete
  12. makan minum segalanya percuma, tu yang nak duk dalam tu kut, mungkin rasa hidup diluar terasa menyempitkan huuuu....

    ReplyDelete

Designed By