Awas: Kes Denggi Semakin Serius

Kempen Anti Denggi

Kes Denggi Semakin Serius


Kes denggi semakin serius. Pada 11 bulan pertama tahun lepas, sebanyak 36,012 kes telah direkodkan berbanding 19,920 kes pada tahun 2012. Terdapat peningkatan sebanyak 81% kes di seluruh negara. Dan bilangan kes semakin bertambah dari hari ke hari.

Sebagai langkah untuk mengawal wabak ini, sebanyak 21 buah klinik telah diarahkan melanjutkan operasi waktu operasi dari jam 8 pagi sehingga 11 malam. Daripada jumlah itu, 15 klinik di Selangor dan enam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.        

Dua Jenis Penyakit Denggi:


1. Demam Denggi klasikal

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. 

2. Demam Denggi Berdarah

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. 


http://4.bp.blogspot.com/_gQbLhYQDz7U/TBylsWAEk_I/AAAAAAAAC4g/uEdGtwNjTsc/s400/dengue%2Bfever.jpg
Tanda-Tanda Demam Denggi

Tanda-Tanda Demam Denggi


1. Demam Denggi Klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam Denggi Berdarah 

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

So sesiapa yang ada mengalami simptom-simtom di atas, perlu dapatkan rawatan segera ya. Jangan tunggu sampai tahap serius k.

Comments

  1. bahaya kalau denggi berdarah...apa2 pun semua pihak kena memainkan peranan bagi mengelakkan ianya berlarutan...selalu check keadaan keliling rumah..mana tau ada takungan air...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Noe.,,kena jaga kebersihankan..dah macam darurat sekarang ni..

      Delete
  2. bahaya betul ni...semua pihak kena main peranan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah sis..semua orang kena bertindak..pastikan tiada temapt air bertakung...nyamuk memang banyak..

      Delete
  3. takutnya, musim sekarang ni, kena sentiasa berjaga-jaga

    ReplyDelete
  4. nie yang buat saya risau skit nie..lately rumah saya banyak pulak nyamuk...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Strider..kita pun perasan..nyamuk banayk sekarang ni..especially time maghrib..

      Delete
  5. salam. memang banyak da kes ni sekarang ni..:)

    ReplyDelete
  6. kalau ada orang buat fogging tue...
    maksudnya adalah kes denggi kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..macam tu ya..dulu ada sekali..dah agak lama...

      Delete
  7. memang tinggi kak.. acik salah seorang mangsanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah acik..ingat entry acik pasal denggi ni dulu..sekarang dah ok ke?

      Delete
  8. Raudhah , kawan kerja akak kena warded xkuar lg. Dah la dia peknen. Kesian dia n baby..

    ReplyDelete
    Replies
    1. la..Kesiannya..harap cepat sembuh..bahayakan...

      Delete
  9. dah lama tak hujan , tak de air bertakung tapi tetiba lak ada nyamuk ... semoga dijauhi drp penyakit ... aaamin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pelik jugakkan..kat rumah kita sama..panas..airbertakung memang tak ada..tapi ada banyak pulak nyamuk..hmm datang mana ya...

      Delete
  10. Replies
    1. Yup..semua orang kena hati-hati sekarang ni Muz..

      Delete
  11. Bila hujan kurang, senang nyamuk membiak. Jagalah kebersihan

    ReplyDelete
  12. Denggi ni mmg merisaukan.. mudah2an dijauhi kita semua dari penyakit denggi ni.. aamiin..

    ReplyDelete
  13. Bkan salah nyamuk, tapi salah manusia... Hmmm..

    ReplyDelete
  14. memang scary kan..kena sentiasa berjaga jaga

    ReplyDelete
  15. Kena ambik langkah berjaga jaga ni

    ReplyDelete
  16. risau juga di kawasan perumahan rumah aiza ni banyak nyamuk.. pihak KKM pun dah lama tak lakukan semburan ubat nyamuk tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat